ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Jun 2022.

1. Bella hadir prosiding pengecaman di mahkamah hari ini

Bella dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk melakukan sesi pengecaman terhadap beberapa saksi kes berkenaan, selain pengecaman saksi ke atas Bella.

2. Kekal bersama parti: Idealisme, prinsip PPBM adalah jati diri saya - Azmin Ali

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan idealisme dan prinsip perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah jati dirinya.

3. Perhimpunan PBB: Uggah ganti Abang Johari rasmi sayap Wanita, Pemuda

Timbalan Presiden I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini merasmikan Perhimpunan Agung PBB bagi sayap Wanita dan Pemuda.

4. Siti Bainun menangis lihat kelibat Bella di mahkamah

Mereka dipanggil pihak pendakwaan untuk melakukan pengecaman ke atas saksi-saksi hari ini.

5. Kes rasuah Zahid: Muhyiddin ada terima dana politik RM1.3 juta dari UKSB

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat diberitahu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menerima sumbangan dana politik berjumlah RM1.3 juta yang diperoleh daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada 2018.

6. Paderi hadapi 17 pertuduhan rogol, cabul kanak-kanak

Tertuduh, Kok Chaw Fatt, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

7. Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas

Ratusan peguam berhimpun menyertai perhimpunan aman ‘Walk For Judicial Independence’ (Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman) anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.

8. 147 undang-undang lapuk akan dikaji dan diteliti - PM Ismail Sabri

Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan langkah berkenaan.

9. Harga sekilogram ayam dijangka cecah lebih RM10 - FLFAM

Harga baharu ayam segar selepas berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini, perlu melebihi RM10 sekilogram bagi mendapatkan situasi ‘menang-menang’ antara pemain industri rantaian makanan itu serta pengguna.

10. RUU Antilompat Parti di peringkat akhir, bakal dibentang hujung Julai - PM

Rang Undang-Undang Antilompat Parti kini telah berada di peringkat akhir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.