ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Jun 2022.

1. Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022, tertinggi sejak November 2011

Indeks Harga Pengguna Mei 2022 meningkat 2.8 peratus kepada 126.6 berbanding 123.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. 

2. Kehilangan Pulau Batu Puteh kesilapan kerajaan Johor - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kenyataannya yang mendesak Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura kerana kedua-dua wilayah itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu telah dilaporkan di luar konteks. 

3. Kluster ILI dikesan di sekolah menengah berasrama di Petaling

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan terdapat satu kejadian kluster Influenza-Like-Illness melibatkan sebuah sekolah menengah berasrama di daerah Petaling dikesan pada Selasa lepas. 

4. Tiga syarikat telekomunikasi dikenakan Arahan Suruhanjaya - MCMC 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan 40 notis wajib kepatuhan terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi yang melibatkan 449 lokasi terawal gagal telah dikeluarkan dari 1 Januari 2022 hingga 15 Jun 2022. 

5. Dua kawasan di Selangor dilanda banjir kilat - Bomba

Dua kawasan di sekitar Klang dan Kuala Langat, dekat sini dilanda banjir kilat susulan hujan renyai yang berterusan melebihi dua jam sejak awal pagi tadi.

6. Garis panduan penilaian keterancaman tanah runtuh diluluskan

Garis Panduan Penilaian Keterancaman Tanah Runtuh dan Indeks Risiko di Infrastruktur-Infrastruktur Kritikal Awam di Malaysia, akan diguna pakai sebagai panduan kepada kerajaan dan pemaju, untuk merancang serta menentukan pembangunan setempat dengan lebih efisien.

7. Tarif elektrik dan air di Semenanjung kekal, harga ayam tidak diapungkan - PM

Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung, kata Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada Jumaat.

8. Pengarah ZCSB beri jam tangan Maurice Lacroix sempena hari jadi Lim Guan Eng

Pengarah Syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau memberikan wang RM100,000 dan seutas jam tangan jenama Maurice Lacroix bernilai RM43,000 kepada Lim Guan Eng sempena ulang tahun kelahirannya.

9. Idris Jusoh mohon maaf, perubahan elaun tak beri peningkatan kepada Pengerusi Felda

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Idris Jusoh memohon maaf berikutan kekeliruan yang berlaku terhadap FGV Holdings Bhd melibatkan semakan semula elaun.

10. Hadiah Kewartawanan Malaysia: Astro AWANI rangkul tiga emas, satu gangsa

Astro AWANI merangkul emas menerusi kategori Berita Video Terbaik, Esei Foto Cemerlang, dan Penulisan Kolum/Rencana Pengarang Cemerlang, serta gangsa untuk Kewartawanan Multimedia Cemerlang.