awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kawasan di Selangor dilanda banjir kilat - Bomba

Bernama
Bernama
24/06/2022
03:30 MYT
Dua kawasan di Selangor dilanda banjir kilat - Bomba
Dua kawasan di sekitar Klang dan Kuala Langat dilanda banjir kilat susulan hujan renyai yang berterusan melebihi dua jam sejak awal pagi tadi. -Gambar JBPM
SHAH ALAM: Dua kawasan di sekitar Klang dan Kuala Langat, dekat sini dilanda banjir kilat susulan hujan renyai yang berterusan melebihi dua jam sejak awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata kawasan yang terlibat adalah Jalan Pengkalan Kampung Nelayan, Telok Gong di Pelabuhan Klang melibatkan lima mangsa dan Jalan Perepat, Telok Panglima Garang di Kuala Langat melibatkan 64 mangsa.
"Bomba menyelamatkan kesemua mangsa di kedua-dua kawasan tersebut selepas mendapat panggilan sekitar jam 6 dan 7 pagi tadi.
"Mereka dipindahkan di kawasan pemindahan sementara dan ada yang tinggal di rumah keluarga.
"Kedua-dua kawasan tersebut dinaiki air setinggi paras lutut akibat limpahan air dari longkang dan sungai berhampiran kawasan berkenaan.
"Namun keadaan kini terkawal dan air banjir dalam trend menurun," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Hafisham memaklumkan sebuah pokok telah tumbang dan menghempap empat kenderaan di Jalan Samudera, Pulau Indah sekitar 5.24 pagi tadi namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Klang
#Kuala Langat
#hujan renyai berterusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan