awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
30 penumpang selamat, bas ekspres bertembung lori treler di Rompin
"Cukuplah hanya ada satu kes 1MDB dalam sejarah negara kita" - Rafizi
OIC kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'

Kehilangan Pulau Batu Puteh kesilapan kerajaan Johor - Dr Mahathir

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/06/2022
23:00 MYT
Kehilangan Pulau Batu Puteh kesilapan kerajaan Johor - Dr Mahathir
Dr Mahathir Mohamad mendakwa kenyataannya yang mendesak Malaysia untuk menuntut semula Riau dan Singapura telah dilaporkan di luar konteks.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kenyataannya yang mendesak Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura kerana kedua-dua wilayah itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu telah dilaporkan di luar konteks.
Sebaliknya, bekas perdana menteri itu menjelaskan, kenyataan beliau hanya merujuk kepada Pulau Batu Puteh yang pemilikannya menjadi kebimbangan rakyat Malaysia berbanding wilayah lain yang sebelum ini diambil dari Malaysia.
Menurutnya, kehilangan pulau kecil itu bukanlah satu perkara besar dan ia merupakan kesilapan kerajaan Johor yang menafikan pemilikan pulau itu.
"Sekiranya penafian itu tidak dibuat maka tidak akan ada pertikaian pada ketika ini.
"Malaysia seharusnya bersyukur dengan keputusan Mahkamah Antarabangsa yang menganugerahkan Pulau Ligitan dan Sipadan kepada Malaysia dan ia tidak dituntut semula Indonesia.
"Sungguh, kita tidak bersyukur dengan keuntungan yang diperoleh.
"Kedua-dua pulau ini mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi berbanding Pulau Batu Puteh yang hanya merupakan batu," katanya dalam perkongsian melalui akaun Instragram pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan, Dr Mahathir ketika berucap dalam sebuah kongres pada Ahad lalu berkata, bukan hanya Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh harus dikembalikan, sebaliknya mencadangkan supaya Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura.
Tegasnya, ia kerana, Riau dan Singapura adalah sebahagian Tanah Melayu berdasarkan sejarah.
View this post on Instagram
A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial)
Topic Berkaitan
#Batu Puteh
#Pulau Sipadan
#Mahathir Mohamad
#Tanah Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.