ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Jun 2022.

1. Pas Perak tawar Tajuddin bertanding atas tiket PN

Pas Perak menawarkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional mewakili parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum akan datang. 

2. Empat parti tempatan Sabah mahu sertai GRS - Hajiji

Empat lagi parti tempatan di Sabah menyatakan hasrat untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama lima parti yang telah membentuk gabungan itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor. 

3. PSU bersasar sektor pelancongan wajar dilanjut tiga bulan lagi - DAP

DAP menyeru kerajaan melanjutkan Program Subsidi Upah (PSU) bersasar selama tiga bulan lagi untuk perusahaan pelancongan bagi memastikan sektor itu terus pulih dengan lancar.

4. PRU15: PN Perak tidak bincang calonkan Tajuddin - Ahmad Faizal

Perikatan Nasional (PN) Perak tidak pernah membincangkan cadangan untuk menawarkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjadi calon gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

5. Gara-gara cemburu, pelajar Tingkatan 2 dipukul 10 pelajar, dicederakan dengan seterika panas

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami sakit di bahagian pinggang dan kini menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

6. Tiga hingga empat penunggang p-hailing terlibat kemalangan seminggu

Anggaran tiga ke empat kes kemalangan dilaporkan secara mingguan berlaku dalam kalangan penunggang p-hailing di negara ini kerana terlalu penat bekerja serta terikat dengan sistem aplikasi.

7. Gelombang baharu COVID-19: Amal langkah pencegahan, golongan berisiko perlu dapatkan dos penggalak

Individu yang belum lengkap vaksinasi dan mereka yang memerlukan dos penggalak kedua dinasihatkan segera berbuat demikian bagi menghadapi gelombang baharu COVID-19 yang dijangka tidak lama lagi.

8. Harga ayam: Bukan u-turn, kerajaan ambil kira rintihan rakyat - PM

Bukan u-turn, sebaliknya keputusan kerajaan untuk tidak mengapung harga ayam di pasaran adalah dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup.

9. Rakyat Malaysia ke Thailand dinasihat tidak ambil makanan, minuman ada ganja

Rakyat Malaysia yang memasuki Thailand untuk apa sahaja urusan termasuk bercuti, dinasihatkan supaya 'berhati-hati' susulan kebenaran penggunaan ganja di negara jiran itu.

10. Penuaan usia populasi: Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa kesan daripada peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) sudah boleh dilihat di negara ini yang mana ia turut ditambah dengan penuaan usia populasi.