awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Johor meningkat, Sarawak berkurangan pagi ini
Wanita ludah, agresif terhadap polis direman dua hari
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PN Perak tidak bincang calonkan Tajuddin - Ahmad Faizal

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/06/2022
10:00 MYT
PRU15: PN Perak tidak bincang calonkan Tajuddin - Ahmad Faizal
Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, segala urusan mengenai calon dan kerusi merupakan hak pucuk pimpinan untuk menentukannnya. - Gambar fail/BERNAMA
LARUT: Perikatan Nasional (PN) Perak tidak pernah membincangkan cadangan untuk menawarkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjadi calon gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, segala urusan mengenai calon dan kerusi merupakan hak pucuk pimpinan untuk menentukannnya.
Jelas beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan itu, keputusan Pas menawarkan Tajuddin merupakan pandangan parti tersebut dan tidak melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Saya tak boleh nak komen tentang perkara yang tidak melibatkan saya, itu hak pucuk pimpinan... kami tak ada berbincang tentang perkara itu. Tak ada bincang, tak terlibat dengan apa yang berlaku, kerana (ia libatkan) parti orang lain.
"Terpulang kepada Pas juga lah, itu hak mereka untuk memberi pandangan. Bagi pihak Bersatu, kami tak ada bincang pun tentang perkara itu," kata beliau ditemui selepas merasmikan Temasya Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan di Ipoh pada Sabtu.
Terdahulu, media melaporkan Pas Perak mempelawa Tajuddin yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak untuk bertanding atas tiket PN pada PRU15.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Ahli Parlimen Pasir Salak itu boleh mempertimbangkan pelawaan berkenaan sekiranya beliau tidak diberikan tempat oleh Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Pasir Salak pada PRU15 nanti.
BACA: Pas Perak tawar Tajuddin bertanding atas tiket PN
Pada Jumaat, media melaporkan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu digugurkan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO oleh presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tajuddin dimaklumkan mengenai keputusan itu dalam surat bertarikh 21 Jun, yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Topic Berkaitan
#PN Perak
#Pas Perak
#Bersatu
#Perikatan Nasional
#Ahmad Faizal Azumu
#PRU15
#Tajuddin Abdul Rahman
#Ahli Parlimen Pasir Salak
#kerusi Parlimen
#UMNO
#MKT UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan