awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang baharu COVID-19: Amal langkah pencegahan, golongan berisiko perlu dapatkan dos penggalak

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
25/06/2022
10:08 MYT
Gelombang baharu COVID-19: Amal langkah pencegahan, golongan berisiko perlu dapatkan dos penggalak
Semua pihak diminta berjaga-jaga dan tidak cuai dalam melindungi golongan berisiko tinggi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Individu yang belum lengkap vaksinasi dan mereka yang memerlukan dos penggalak kedua dinasihatkan segera berbuat demikian bagi menghadapi gelombang baharu COVID-19 yang dijangka tidak lama lagi.
Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM) , Prof Madya Dr Malina Osman berkata, dalam masa sama, semua pihak perlu berjaga-jaga dan tidak cuai dalam melindungi golongan berisiko tinggi.
"Pada masa ini, dari segi kontak, saya boleh nyatakan jangkaan gelombang yang bakal berlaku ini... kebimbangan itu tidak seperti sebelum vaksinasi.
"Namun kita masih perlu berjaga-jaga sebab ada golongan yang berisiko dalam masyarakat kita dan ada golongan yang langsung tidak boleh divaksin dan terdedah kepada potensi bahaya jangkitan.
"Jadi untuk pastikan kita sentiasa terlindung daripada mendapat kesan yang serius daripada gelombang baharu ini, mereka yang masih belum lengkap vaksin dan individu yang digalakkan mendapatkan dos penggalak kedua perlu hadir untuk mendapatkan dos berkenaan.
"Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga perlu diteruskan. Jangan cuai untuk melindungi antara satu sama lain," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia dijangka menghadapi gelombang baharu COVID-19 lebih awal berbanding tempoh dua atau tiga bulan yang diumumkan sebelum ini.
Bukan sahaja COVID-19, beliau turut melihat data melibatkan penyakit-penyakit lain tidak seharus diketepikan daripada didedahkan kepada masyarakat.
"Kita perlu lakukan sama sahaja pendekatannya. Tindakan kita akan beri impak kepada masyarakat keseluruhan. Kita masih belum keluar daripada fasa peralihan endemik," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Malina Osman
#COVID-19
#Pakar Kesihatan Awam
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan