MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 Julai 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 Julai 2022.
Langkawi terdiri daripada gugusan 99 pulau di luar pantai Kedah, berjaya merangkul anugerah peringkat antarabangsa 'Asia Best Awards 2022' dan diiktiraf sebagai satu daripada Pulau Terbaik di Asia Tenggara baru-baru ini.
'Abah layan macam anak sendiri' - Pegawai akui rebah kerana tidak sihat
2. Anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang tular rebah ketika perbarisan Hari Penguat Kuasa semalam mengesahkan dia berada dalam keadaan tidak sihat pada hari kejadian.
Pengasas dan pemilik bersama sebuah kelab komedi mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menghantar komunikasi jelik di Mahkamah Seksyen Jenayah Siber, di sini, pada Jumaat.
Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual 2021 (AGS 2021) yang diluluskan Dewan Rakyat semalam akan menolak kenyataan kononnya perbuatan tersebut suatu perkara kecil atau gurauan semata-mata.
Sepasang suami isteri ditahan di Beranang, Hulu Langat, di sini bagi membantu siasatan kes dera melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) pada 2021 berada pada tahap 'Bahagia' apabila mencatatkan skor 6.48.
Pas secara dasarnya bersetuju untuk menggunakan logo baharu Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Keghairahan empat rakan melakukan jenayah rogol secara berkumpulan di lapangan terbang kecil di Jasin, Ahad lalu membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.
Harga minyak masak botol di peringkat peruncit mula merekodkan penyusutan sekali gus berada di paras terendah sejak Julai 2021.
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan perjanjian keramat yang tidak boleh diubah dalam apa juga cara dan bentuk, tegas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami