MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Julai 2025.
Syarikat Malaysia perlu bersedia untuk meneroka pasaran baharu dan mencari peluang dagangan di luar negara.
Beberapa agensi turut terlibat agar isu ini dapat ditangani dengan cermat dan teliti.
Wanita berkenaan kini direman selama tujuh hari bermula Ahad hingga 12 Julai bagi membantu siasatan.
Penyertaan memberangsangkan Menteri Luar daripada negara anggota dan rakan dialog ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang bermula Selasa, membuktikan kewibawaan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung lesen pemandu kenderaan perdagangan yang terlibat kemalangan sehingga siasatan selesai.
Tauliah penceramah bebas yang didakwa menyebarkan video seks difahamkan sudah ditarik balik sebelum ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
UMNO akan mula mengambil tindakan tegas dengan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah atau mencemarkan nama baik pemimpin parti itu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan konsep ‘Satu Doktor, Satu Keluarga’ diperkasakan kembali untuk memastikan setiap keluarga di Malaysia mempunyai seorang doktor keluarga yang dikenali, dipercayai, dan mudah diakses.
Barisan Nasional (BN) menzahirkan keyakinan penuh bahawa kerjasama yang terjalin bersama Pakatan Harapan (PH) mampu mengekalkan kemenangan di kerusi-kerusi yang dimenangi pada pilihan raya elpas.
Lelaki warga Pakistan yang disyaki meliwat dan mencabul tiga kanak-kanak serta seorang remaja lelaki di Seksyen 27 dan Seksyen 28 di sini dipercayai masih berada dalam negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami