ALOR SETAR: Langkawi terdiri daripada gugusan 99 pulau di luar pantai Kedah, berjaya merangkul anugerah peringkat antarabangsa 'Asia Best Awards 2022' dan diiktiraf sebagai satu daripada Pulau Terbaik di Asia Tenggara baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib berkata anugerah itu membuktikan usaha dan dedikasi berterusan pihaknya terutama sepanjang pandemik iaitu semasa ketibaan pelancong ke pulau itu berada pada tahap kurang memuaskan.
Beliau berkata kejayaan manis itu turut diiringi dengan berita gembira apabila Four Seasons Resort Langkawi turut menerima anugerah The Best Beach and Upcountry Hotel in Malaysia 2022.
"Walaupun berdepan pelbagai cabaran, kami tetap optimis dan memikul tanggungjawab untuk memastikan pulau ini berdaya tahan dalam perjalanannya ke arah pemulihan dan kekal menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Nasaruddin berkata sebagai agensi perintis dalam pembangunan pelancongan Langkawi, LADA memainkan peranan penting untuk menjadikan Langkawi destinasi pelancongan bertaraf dunia yang terkenal seperti sekarang.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya menjangkakan ketibaan lebih ramai pelancong antarabangsa berpotensi menggiatkan semula ekonomi dan merangsang pendapatan masyarakat setempat.
"Pelan tindakan kami merangkumi mempromosikan pelancongan berkonsepkan hijau, mencipta pengalaman dan bertanggungjawab, insentif seperti membeli-belah bebas cukai dan mewujudkan tempat yang menarik untuk Instagram bagi memastikan kami dapat mengekalkan kedudukan kami sebagai satu daripada pulau terbaik di Asia Tenggara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Langkawi merangkul anugerah peringkat antarabangsa Asia Best Awards 2022 dan diiktiraf sebagai satu daripada Pulau Terbaik di Asia Tenggara. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Terjun laut tinggalkan dadah RM3.55 juta
Dadah bernilai RM3.55 juta yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran ke Pulau Langkawi sebagai destinasi transit, digagalkan polis.
Langkawi bakal diserikan dengan Festival Mahsuri Disember ini
Festival Mahsuri bertujuan menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama untuk pengalaman budaya bertaraf dunia.
Toldi, Hollioake ungguli kejohanan Ironman Malaysia 2024
Toldi menjuarai kategori lelaki dengan catatan masa lapan jam 10m 23s disusuli Tim Van Berkel dari Australia dan Andreas Dreitz dari Jerman.
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
Feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah kembali beroperasi hari ini
Terdapat empat perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi dan lima perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah.
Feri Kuala Kedah-Langkawi beroperasi semula esok
Konsortium feri merancang untuk melaksanakan sembilan perjalanan keluar dan masuk ke Langkawi dari Terminal Penumpang Kuala Kedah.
BERNAS pamer kelainan di Laman Padi MAHA 2024 kali Ini
BERNAS mengambil peluang untuk mempamerkan inovasi terbaharu dalam pertanian padi dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan industri ini.
Sembilan perjalanan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan
Kapten Baharin berkata, jumlah keseluruhan penumpang yang terbabit adalah seramai 1,791 orang.
567 penumpang feri kandas di beting pasir selamat tiba di Langkawi
Feri itu dapat bergerak selepas berjaya ditarik bot tunda dan meneruskan perjalanan ke Langkawi pada jam 9.05 malam.