ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Ogos 2022.
1. LCS: Bekas Panglima Tentera Laut kecewa teguran tidak diendah
Bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar mengakui kecewa apabila segala teguran dan pendiriannya mengenai tatacara perolehan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada pimpinan tertinggi sebelum ini tidak diendahkan.
2. Ekonomi Malaysia 2023: Sedia bertindak tangani impak risiko luar - Tengku Zafrul
Risiko luar dijangka terus menghambat kelembapan ekonomi Malaysia tahun hadapan, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
3. Dua peguam positif COVID-19, bicara kes rasuah Ahmad Zahid ditangguh
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah berhubung dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke 22 Ogos berikutan dua peguamnya dijangkiti COVID-19.
4. Mahkamah tolak permohonan Indira Gandhi untuk mulakan prosiding terhadap KPN
Berkaitan dakwaan kegagalan menangkap bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah serta memulangkan anak perempuan yang diambil lelaki mualaf itu, 13 tahun lepas.
5. Mahkamah putuskan anak lahir di luar negara oleh wanita M'sia tidak layak dapat kerakyatan
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
6. Permusuhan golongan miskin dan kaya boleh jadi rusuhan berdarah jika dibiarkan - Tun M
Jurang pendapatan antara golongan miskin dan kaya perlu dikurangkan supaya permusuhan ganas antara dua kumpulan tersebut dapat dielakkan.
7. Banjir Baling: Fenomena proses geologi berangkai punca banjir puing - KeTSA
Proses berkenaan bermula akibat beberapa faktor termasuk akibat hujan lebat melampau dan diikuti pembentukan aliran puing, banjir puing dan banjir lumpur.
8. Projek terowong dasar laut: Saksi dedah sanggup bayar RM19 juta demi Guan Eng
Wang terbabit diberikan kepada seorang ahli perniagaan yang didakwa rapat dengan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar siasatan tidak diteruskan.
9. Mogok: Ratusan penghantar makanan GrabFood hadir serah memorandum
Antara isu utama yang dibangkitkan adalah soal kadar upah penghantar makanan yang telah dikurangkan.
10. Selepas raih emas di Komanwel, Bonnie kini fokus Paralimpik Paris 2024
Selepas melakar nama sebagai atlet para negara pertama yang meraih pingat emas Sukan Komanwel, jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin kini memberi fokus sepenuhnya kepada usaha menambah koleksi emasnya pada Sukan Paralimpik 2024.
Astro Awani
Fri Aug 05 2022

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Ogos 2022.

Agensi kerajaan tertentu perlu kawal data edaran, bekalan
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, agensi kerajaan tertentu perlu mengawal data supaya pengedaran dan bekalan di dalam keadaan tersusun dan terkawal.

Kebenaran solat Jumaat sementara di 228 surau di Melaka ditamatkan
Esok merupakan Jumaat terakhir bagi surau-surau berkenaan mendirikan solat Jumaat.

Dekati pelajar, STEM tidak lagi membosankan
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) boleh menjadi bidang yang menyeronokkan, asalkan kena dengan cara serta pendekatannya.

Sewa premis perniagaan perlu diturunkan 10 ke 20 peratus - Annuar Musa
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pemilik premis perniagaan yang disewakan kepada peniaga kecil hendaklah menurunkan kadar minimum sewa sebanyak 10 ke 20 peratus.

Basmi Dadah | Kerjasama menyeluruh tingkatkan kesedaran awam
Kerjasama kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran dalam membasmi ancaman dadah dalam negara. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin, cabaran utama ketika ini adalah pengulangan dalam kalangan penagih.

Secara Kontrak | Tan Sri Mohd Zuki Ali terus berkhidmat sehingga 10 Ogos 2024
Tan Sri Mohd Zuki Ali akan meneruskan khidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara, KSN secara kontrak selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lantikan tersebut adalah selama 2 tahun berkuat kuasa 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024.

Menteri Luar Saifuddin syor Duta Khas ke Myanmar diberi tempoh tugas 'lebih dari setahun'
Saifuddin mencadangkan Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar perlu diberi tempoh 'lebih setahun', dan individu yang dilantik tidak semestinya seorang menteri luar.

Graduan diseru hayati sejarah kemerdekaan negara
Penghayatan sejarah adalah penting untuk membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara, titah Yang di-Pertuan Agong.

MP Labuan Rozman Isli gagal batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
Mahkamah menolak permohonan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya iaitu menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan.

Wanita mengaku tidak bersalah abai tiga anak selama empat bulan
Seorang pembantu am sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya selama empat bulan, tahun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Ogos 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Ogos 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Ogos 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Ogos 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Ogos 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Ogos 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Julai 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Julai 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Julai 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 Julai 2022.