KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah berhubung dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke 22 Ogos berikutan dua peguamnya dijangkiti COVID-19.
Peguam Aiman Abdul Rahman yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa peguam utama kes itu, Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh dijangkiti COVID-19.
"Pihak kami telah memfailkan surat kepada mahkamah pada 2 dan 3 Ogos lepas dengan menyatakan peguam Hisyam dan Hamidi dijangkiti COVID-19 dan kami mohon supaya tarikh perbicaraan hari ini ditukar kepada sebutan dan perbicaraan seterusnya pada 22 Ogos," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob tidak membantah perkara itu.
Hakim Sequerah kemudian berkata, berdasarkan alasan yang dikemukakan pihak pembelaan, tarikh perbicaraan hari ini dilapangkan dan akan bersambung pada 22 Ogos ini.
Ahmad Zahid yang memakai baju kurta putih hadir pada prosiding hari ini.
Pada prosiding hari ini, Ahmad Zahid sepatutnya disoal balas pihak pendakwaan berhubung pertuduhan rasuah yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
Ahmad Zahid, 69, berdepan dengan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan kes rasuah berhubung dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke 22 Ogos berikutan dua peguamnya dijangkiti COVID-19. - fotoBERNAMA
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Datuk K hadir di mahkamah, dijangka beri keterangan kes Zahid
Suami Siti Nurhaliza dijangka memberi keterangan sebagai saksi pembelaan bagi pihak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.
Ahmad Zahid pemurah, banyak beri sumbangan amal: Saksi
Ramai orang datang ke pejabat untuk bertemu Ahmad Zahid bagi mendapatkan dana bantuan antaranya untuk menyambung pelajaran.
Kes rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi.
Kes Yayasan Akalbudi: Pernyataan Fadzlette perlu diterima
Kenyataan Fadzlette akan menunjukkan bahawa Mazlina bersikap berat sebelah terhadap Ahmad Zahid.
Rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui 23 Sept
Keputusan sama ada Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri akan diketahui pada 23 Sept ini.
Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan
Tindakan Ahmad Zahid menerima sumbangan seperti mempermainkan undang-undang sedia ada, kata Timbalan Pendakwa Raya.
Ahmad Zahid terima suapan untuk diri sendiri - TPR
Sumbangan tidak pernah dibayar ke dalam akaun UMNO walaupun bayaran itu dikatakan untuk politik.
"Saya tidak guna sumbangan politik RM6 juta untuk kepentingan peribadi" - Ahmad Zahid
Sebaliknya, wang itu disalurkan untuk amal jariah, wakaf dan aktiviti keagamaan, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Kes rasuah Zahid: Pendakwaan tutup kes, hujahan lisan 1 Sept
Pendakwaan menutup kes selepas saksi ke-18, pegawai penyiasat SPRM V. Mahendran, selesai memberi keterangan.