MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Ogos 2022.
Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.
PRU15: Terengganu timbang kesesuaian waktu untuk bubar DUN - MB
2. Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia bergantung kepada kesesuaian dan waktu untuk memutuskan demikian.
Tiga beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lepas.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) komited untuk memperkukuhkan kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Akaun Telegram peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan enam sekeluarga termasuk sepasang suami isteri warga emas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM694,412 dalam siri serbuan di Pulau Pinang, Khamis lepas.
Seorang saksi penting dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng mengakui di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa antara sebab beliau membayar RM19 juta kepada orang tengah bernama G. Gnanaraja adalah kerana diugut akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) berhubung penglibatannya dalam projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang kontroversi.
Satu-satunya pimpinan politik yang berkuasa untuk untuk mempengaruhi pertukaran reka bentuk Kapal Tempur Pesisir (LCS), serta mempunyai sejarah hubungan dengan sub-kontraktor DCNS, ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dakwa Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Emas yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia itu disumbangkan selepas beregu nombor 11 dunia itu menewaskan Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 dalam aksi yang cukup tenang.
Seorang pengarah urusan syarikat dihukum penjara 10 tahun selepas didapati bersalah melibatkan penipuan pakej umrah ke Mekah dan ziarah ke Mesir terhadap 202 individu, antara tahun 2015 hingga 2016.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami