awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
08/08/2022
03:35 MYT
Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin
Kapal pertama Littoral Combatant Ship (LCS) diharap mampu disiapkan dalam tempoh antara setahun hingga dua tahun lagi, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kapal pertama Littoral Combatant Ship (LCS) diharap mampu disiapkan dalam tempoh antara setahun hingga dua tahun lagi, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sewaktu menjawab soalan di Dewan Negara pada Isnin, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.
Hishammuddin berkata, beliau sendiri akan memberi laporan kepada orang ramai dan Kabinet mengenai tahap penyiapan projek yang kini sudah menelan belanja sekitar RM6 bilion.
"Kita diberikan enam bulan selepas keputusan Kabinet untuk memobilisasikan usaha untuk menghidupkan semula projek ini. Ia melibatkan libat urus dengan vendor di Perancis, ia melibatkan engagement dengan agensi perbankan.
“Tetapi untuk Dewan ini saya nak nyatakan, sekurang-kurangnya dalam masa setahun dua saya harap kapal pertama dapat kita siapkan. Saya akan laporkan kepada orang ramai jadual berperingkat, kapal-kapal yang telah dijanjikan kepada TLDM, saya akan maklum kepada Kabinet apa yang telah kita lakukan, pastikan ia mengikut apa yang telah dijadualkan," katanya lagi.
Isu berkenaan kapal perang berkenaan kembali menjadi pendebatan hangat selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melaporkan terdapat elemen kelemahan dan penyelewengan dalam projek itu.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh pada minggu lepas berkata, Boustead Naval Shipyard (BNS) tidak menggunakan sepenuhnya bayaran daripada kerajaan untuk projek tersebut.
Mengulas Lanjut, Hishammuddin berkata, projek itu akan diteruskan bersandarkan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia serta berkait rapat dengan polisi 15 kepada 5 TLDM.
Katanya lagi, jika terdapat unsur penyelewengan, kementerian tidak akan mempertahankan individu tersebut.
Selain itu, beliau berkata, jika tidak diteruskan, ia akan mengakibatkan ramai vendor, termasuk veteran TLDM gulung tikar.
"Ini merupakan satu pandangan yang diperlukan TLDM. Kedua, pertimbangan untuk memastikan vendor yang sedia … ada ratusan juga, yang sebahagian besar merupakan mereka daripada golongan veteran, tidak gulung tikar. Dan projek ini perlu diteruskan selepas mengambil kira kebajikan mereka," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Littoral Combatant Ship
#Hishammuddin Tun Hussein
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan