ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 September 2022.

1. PRU15: Calon GTA pelbagai lapisan masyarakat, bersih daripada jenayah - Tun M

Calon-calon Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan terdiri dari ahli badan bukan kerajaan (NGO), tokoh akademik, professional dan parti politik.

2. Akui promosi SUKMA 2022 langkah kiri, namun rakyat tetap dahagakan aksi atlet - Ahmad Faizal

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, secara peribadi beliau melihat keterujaan rakyat Malaysia terhadap temasya itu jelas tinggi, selepas menyaksikan stadium tempat beberapa acara berlangsung, dipenuhi peminat sukan tanah air.

3. Dera kanak-kanak: Ibu saudara, suami direman - Polis

Kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga Jumaat depan (23 Sept) bagi membantu siasatan.

4. 'Jangan tipu, kalau ada babi, beritahu ada babi...' - Idris Ahmad

Kerajaan memberi amaran kepada segelintir peniaga agar tidak memanipulasi logo halal dan menipu bahan-bahan yang terdapat di dalam produk yang dijual termasuk jenama gula-gula yang didakwa mengandundi 'gelatin babi' seperti tular baru-baru ini.

5. 'Saya tak setuju tindakan kafir-mengkafir, termasuk kenyataan Tun Mahathir' - Anwar

Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan parti-parti politik serta sesetengah pemimpin termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dalam soal mengkafirkan pihak lain.

6. Kenaikan OPR bukan ditentukan kerajaan - Tengku Zafrul

Kerajaan tidak masuk campur akan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara kerana ia ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).

7. Video gaduh tular: Polis sedang buru tiga individu tempatan

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian itu pada jam kita 6.36 petang pada Jumaat.

8. Kejatuhan nilai ringgit tidak beri kesan? Kenyataan Zafrul mengelirukan - Anwar

Tegas Anwar, kejatuhan nilai ringgit memberi kesan secara langsung kepada rakyat apabila kos barangan keperluan terus melonjak naik.

9. Tarikh pembubaran Parlimen akan diumum tidak lama lagi - PM Ismail Sabri

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

10. Lombong emas runtuh: Tujuh maut, lapan masih hilang

Tragedi yang berlaku pada Khamis, 15 September lalu di kawasan Perkampungan Kinade, Sambas itu setakat ini telah meragut nyawa tujuh orang pelombong manakala lima lagi berjaya diselamatkan.