awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera kanak-kanak: Ibu saudara, suami direman - Polis

Bernama
Bernama
17/09/2022
04:40 MYT
Dera kanak-kanak: Ibu saudara, suami direman - Polis
Anggota bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang cuba terjun dan melarikan diri dari tingkap sebuah unit kondominium tingkat empat semalam. -Gambar fail/PDRM
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki mendera dua anak saudaranya di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang direman selama tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga Jumaat depan (23 Sept) bagi membantu siasatan.
"Reman terhadap kedua-dua suspek berumur 29 dan 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Amalina Basirah Md Top di Mahkamah Majistret Ampang Jaya pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, polis menahan kedua-dua suspek kira-kira 6 petang kerana disyaki mendera adik-beradik berkenaan.
Suspek wanita merupakan adik kepada ibu mangsa telah menjaga dua beradik itu sejak dua tahun, selepas bapa kepada kanak-kanak itu meninggal dunia.
Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada seorang diri di dalam rumah cuba terjun dan melarikan diri dari tingkap sebuah unit kondominium tingkat empat.
Susulan itu, bomba berjaya menyelamatkan mangsa dengan memecah masuk ke dalam rumah dengan bantuan pihak polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#dera dua anak saudara
#ibu dan bapa saudara
#taman cahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan