Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 26, 2022 15:59 MYT
September 26, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 September 2022.
Perkara itu diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika berucap menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara bulan September di Bukit Aman.
Bekas pemain kebangsaan Azlan Johar berpandangan, tindakan melantik pengendali berusia 54 tahun itu adalah bijak memandangkan Cheng Hoe merupakan antara individu yang memahami falsafah bola sepak moden ketika ini.
Ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin kencang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen.
Penyanyi yang popular dengan genre irama Malaysia dan etnik kreatif, Noraniza Idris melakar sejarah baharu dalam Malaysia Book Of Records menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia.
Pas menegaskan tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan kumpulan Melayu Islam yang lain sebagai musuh utama.
Saksi pendakwaan ke-37 itu berkata, wang berkenaan dimasukkan ke akaun AmIslamic Bank Berhad atas nama Najib berakhir nombor 969-4 (AM Private Banking MR) bermula 22 Mac hingga 10 April 2013.
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) mengumumkan persaraan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Henry Tan Poh Hock berkuat kuasa 31 Januari, 2023.
Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas susulan kejadian cubaan melarikan seorang murid sekolah rendah di Taman Pinji Mewah dekat sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Ringgit meneruskan aliran penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Isnin, ketika penyusutan selera risiko pelabur mengasak unit tempatan itu mencecah paras terendah dalam tempoh 24 tahun.
Pendakwaan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan menerima rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN).