awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
Alam Flora kutip 3.2 tan sampah di KL pada sambutan Ambang Tahun Baharu
Johor perhebat penganjuran lebih 100 program pelancongan sempena VJY2026 dan TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas tegas tolak pendirian isytihar parti Melayu Islam sebagai musuh utama

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2022
13:56 MYT
Pas tegas tolak pendirian isytihar parti Melayu Islam sebagai musuh utama
Takiyuddin menjelaskan pendirian sebegitu tidak dapat diterima apatah lagi melibatkan kedudukan dan kuasa orang Islam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pas menegaskan tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan kumpulan Melayu Islam yang lain sebagai musuh utama.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menjelaskan pendirian sebegitu tidak dapat diterima apatah lagi melibatkan kedudukan dan kuasa orang Islam dalam pemerintahan sesebuah negara yang majoritinya umat Islam seperti Malaysia.
"Kenyataan seumpama itu dilihat tidak wajar dan janggal sekiranya pihak yang dilabelkan sebagai musuh utama tersebut adalah rakan muafakat dalam kerajaan yang dipimpin bersama.
"Pas sentiasa yakin hanya dengan perpaduan di antara parti-parti utama Melayu-Islam dalam negara ini sahaja dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan yang stabil, adil dan berkebajikan kepada semua rakyat pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya," katanya tanpa merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh mana-mana pemimpin parti lain.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Takiyuddin itu dikeluarkan dua hari selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Kenyataan Muhyiddin itu dilihat bercanggah dengan pendirian Pas yang meletakkan Pakatan Harapan (PH) sebagai musuh utama, manakala BN adalah rakan kerjasama mereka.
PRU15 | BN musuh utama PN - Muhyiddin
BACA: Muhyiddin isytihar musuh utama PN adalah BN
Dalam pada itu, Takiyuddin menyeru semua pemimpin dan ahli Pas supaya akur dan wala' kepada arahan Mursyidul Am Hashim Jasin untuk merealisasikan agenda penyatuan ummah.
"Pas sentiasa komited untuk melaksanakan segala usaha ke arah mencapai hasrat penyatuan ummah terutamanya di kalangan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam berteraskan Ayat 10 Surah al-Hujurat," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#PAS
#Takiyuddin Hassan
#Muhyiddin Yassin
#musuh utama
#BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan