awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi

Bernama
Bernama
26/09/2022
15:07 MYT
Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, mengesahkan pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ahmad Zahid. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pendakwaan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan menerima rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, ketika dihubungi melalui WhatsApp, mengesahkan perkara itu.
"Ya, pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes DS Zahid (Ahmad Zahid) petang ini," katanya.
Pada 23 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membebaskan Ahmad Zahid, 69, yang juga Presiden UMNO, selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.
Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata tiga saksi utama pendakwaan tidak boleh dipercayai.
Beliau juga berkata mereka memberi keterangan bahawa wang telah dimasukkan ke dalam sampul berwarna coklat pada setiap kali penghantaran namun pendakwaan tidak mengemukakan sebarang sampul sebagai bukti.
"Tiada bukti dikemukakan untuk menunjukkan saiz sampul yang digunakan. Saya tidak boleh bayangkan sampul surat apa dan saiznya yang boleh memuatkan wang tunai sebanyak SG$600,000 bersamaan kira-kira RM1.6 juta pada masa yang material," katanya.
Ahmad Zahid didakwa atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.
Bagi tujuh pertuduhan lagi, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3.125 juta, 15,000 Swiss Franc and US$15,000 daripada syarikat sama yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#kes rasuah VLN
#pendakwaan fail rayuan
#Mahkamah Rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan