MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 September 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 September 2022.
1. Kes Ebit Lew: Saksi pertama dipanggil semula
Prosiding perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew memasuki hari empat, hari ini.
2. Kes saman serangan seksual, Yusoff Rawther fail rayuan
Bekas Pembantu Penyelidik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas Presiden PKR itu.
3. Bekas YDP MDKL didakwa terima rasuah RM100,000
Bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM100,000.
4. PM hadiri mesyuarat 'Top 5' UMNO
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini menghadiri mesyuarat membabitkan lima pemimpin tertinggi (Top 5) UMNO di Menara Dato' Onn, di ibu negara.
5. Kes Ebit Lew: Firdaus Wong terima gambar, mesej lucah melalui WhatsApp
Pendakwah bebas, Firdaus Wong memberitahu mahkamah beliau menerima menerima kiriman gambar serta beberapa tangkap layar berunsur lucah dikaitkan dengan seorang pengadu wanita yang dikongsi oleh saksi pendakwaan pertama, Mohd Fairuz Abu atau Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
6. PM arah siasatan lanjut ke atas Tommy Thomas
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi penguat kuasa segera melaksanakan siasatan lanjut bagi menyiasat kemungkinan salah laku Tan Sri Tommy Thomas, berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku dihasilkan bekas Peguam Negara itu.
7. Mangsa culik ditemui mati dalam gaung
Seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa culik di kawasan Broga, Hulu Langat, Selangor ditemukan maut dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada Selasa.
8. "Mahkamah tempat terbaik mencari kebenaran" - Ebit Lew
Pendakwah terkenal, Ebit Lew menyifatkan mahkamah merupakan tempat terbaik mencari kebenaran berkaitan kes gangguan seksual yang melibatkan dirinya ketika ini.
9. MKT UMNO mahu Parlimen dibubarkan tahun ini - Ahmad Maslan
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini bersetuju untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini juga
10. Malaysia bertindak balas terhadap tuntutan Kesultanan Sulu
Kerajaan Malaysia telah memulakan strategi global yang proaktif untuk menghalang dan mengetepikan sebarang cubaan merampas atau campur tangan dalam urusan berkaitan aset Malaysia di luar negara oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.