Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 30, 2022 15:59 MYT
November 30, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 November 2022.
Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam di negeri itu.
Pos Malaysia Berhad mengumumkan peletakan jawatan Sharifah Sofia Syed Mokhtar Shah sebagai Pengarah Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa 20 Disember 2022.
Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merekodkan peningkatan sebanyak 486 kes sehingga 26 November lalu (Minggu Epid: 47) dengan satu kes kematian dilaporkan.
Pelakon Ungku Ismail berkongsi perkembangan terkini Nad Zainal yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri sejak minggu lalu.
Tindakan seorang warga emas menembak seekor kucing milik jirannya sehingga mati, membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini.
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak tirinya berusia 11 tahun, minggu lepas.
Lembaga Tabung Haji (TH) yakin mampu mencatatkan keuntungan yang kompetitif dan berharap dapat membayar hibah atau dividen kepada pendepositnya bagi tahun kewangan 2022 meskipun berdepan tahun mencabar.
Titah baginda, pada masa kini, empat ahli JAC merupakan hakim yang sedang memegang jawatan terkanan manakala lima lagi ahlinya merupakan individu dilantik oleh Perdana Menteri.
Beberapa jalan utama di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira sejam sejak pukul 3 petang tadi.
'Bahang' Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 Nov lepas beransur hilang dan kini diganti dengan cuaca nyaman dan dingin apabila purata suhu harian negara dilaporkan antara 22 hingga 30 darjah Celsius.