awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga lebih 20,000 barangan makanan, minuman di Jepun meningkat pada 2025
[TERKINI] Najib didapati bersalah empat kes rasuah dana 1MDB
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah pertuduhan salah guna kedudukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa bunuh anak tiri

Bernama
Bernama
30/11/2022
07:26 MYT
Penganggur didakwa bunuh anak tiri
Pertuduhan terhadap C. Stephen Raj (gambar) dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. - Foto BERNAMA
KAJANG: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak tirinya berusia 11 tahun, minggu lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada C. Stephen Raj, 43, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh yang tidak bekerja didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan itu di sebuah rumah di Taman Sri Ramal, di sini pada 11.33 malam, 21 Nov lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
BACA: Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera bapa tiri
Mahkamah | Bunuh anak tiri darjah lima, lelaki berdepan tali gantung
Mahkamah menetapkan 10 Jan tahun depan untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim manakala tertuduh diwakili peguam M. Manoharan.
Sebelum ini, media melaporkan polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan Hospital Serdang pada 12.39 tengah malam, 22 Nov lepas berhubung seorang kanak-kanak perempuan yang dibawa ke hospital itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital dan bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak itu akibat kesan hentakan objek tumpul pada bahagian kepala dan abdomen yang menyebabkan ususnya pecah.
Selain itu, terdapat kesan cedera hingga lebam di bahagian punggung, dada dan lengan mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh anak tiri
#C Stephen Raj
#sebabkan kematian
#Taman Sri Ramal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan