awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 191 peratus, 1 kematian dilaporkan

Aida Aziz
Aida Aziz
30/11/2022
03:00 MYT
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 191 peratus, 1 kematian dilaporkan
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 319 kes iaitu 191.0 peratus berbanding 167 kes dengan satu kematian pada tempoh sama tahun lalu. -Astro AWANI
IPOH: Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merekodkan peningkatan sebanyak 486 kes sehingga 26 November lalu (Minggu Epid: 47) dengan satu kes kematian dilaporkan.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 319 kes iaitu 191.0 peratus berbanding 167 kes dengan satu kematian pada tempoh sama tahun lalu.
Katanya lagi, terdapat dua lokaliti hot spot demam denggi yang dilaporkan sehingga 29 November iaitu di Taman Pengkalan Perdana (10 kes) dan Taman Arkid (7 kes).
"Selain itu, terdapat empat lokaliti wabak terkawal iaitu di Taman Eden (6 kes), KB Menglembu (3 kes), Rumah Pangsa Bercham (3 kes), dan Taman Cempaka (2 kes)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Penuh Majlis Bulan November di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Rumaizi berkata sehingga 29 November, terdapat lima kes chikungunya berbanding 10 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Penglibatan Ahli-ahli Majlis, ketua komuniti dalam aktiviti turun padang, gotong-royong membasmi denggi dan program hebahan maklumat kesedaran denggi serta chikungunya yang telah dilaksanakan telah membantu dalam mengekang penularan kejadian kes denggi.
"Namun dalam suasana musim hujan yang berterusan ia perlu dipertingkatkan.
"Usaha yang telah dilaksanakan oleh semua pihak bagi membasmi denggi diharap dapat diteruskan secara berterusan bagi mengurangkan kepadatan/densiti nyamuk aedes supaya berada pada tahap seminimum yang boleh," katanya.
Orang ramai turut dinasihatkan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk melakukan aktiviti pemeriksaan jentik-jentik dan pemusnahan tempat pembiakan aedes di kawasan kediaman masing-masing setiap minggu.
"Semoga dengan penglibatan semua pihak, individu, masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) secara menyeluruh diharap dapat membantu usaha pengurangan kejadian kes demam denggi dan chikungunya khususnya di kawasan pentadbiran MBI," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#denggi
#Rumaizi Baharin
#Majlis Bandaraya Ipoh
#aedes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan