KUALA LUMPUR: 'Bahang' Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 Nov lepas beransur hilang dan kini diganti dengan cuaca nyaman dan dingin apabila purata suhu harian negara dilaporkan antara 22 hingga 30 darjah Celsius.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, fenomena cuaca sejuk itu dijangka berterusan hingga Februari tahun depan.
Katanya, ia adalah susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang melibatkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China dan juga pembentukan awan hujan yang berterusan bermula awal November.
"Jadi apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain," katanya kepada Bernama hari ini.
Ketika bertanya mengenai suhu terendah yang kemungkinan dialami negara, Mohd Hisham berkata, kawasan tanah rata di pedalaman seperti di Kelantan, Pahang dan Perak akan menjadi lebih sejuk berbanding kawasan lain.
"Sebelum ini, suhu di kawasan pedalaman Kuala Krai, Kelantan pernah dicatat antara 17 dan 18 Celsius pada 2014. Jadi, berkemungkinan di kawasan tersebut boleh berlaku lagi (suhu serendah itu)," katanya.
Pakar Meteorologi Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, angin dari China itu memasuki Malaysia bermula awal November dan boleh menyebabkan suhu serendah 22 darjah Celsius.
"Perubahan angin monsun ini memang akan memberi kesan kepada suhu dan situasi ini akan turut dipengaruhi oleh geografi atau kedudukan sesebuah kawasan, sekiranya berada di tanah tinggi seperti Genting Highlands suhunya lagi sejuk," katanya.
Beliau berkata cuaca dingin yang dirasai oleh rakyat Malaysia kini merupakan kesan peralihan angin MTL yang datang dari arah utara atau dikenali sebagai luruan monsun.
"Musim MTL ini memberi kesan kepada jumlah cahaya matahari yang diterima di Malaysia yang berkurang selain mendung dan hujan.
"Selain itu faktor sejuk yang dialami adalah berikutan angin Timur Laut yang dibawa dari Siberia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022

Apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: Isu kekurangan sayur | Isu penipuan dalam talian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.

Ratusan ribu hadir sambutan Thaipusam di Batu Caves
Keadaan terkawal dan lancar setakat ini dengan upacara keagamaan penganut Hindu dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008046/8668162651675557065848_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Hakim Rahman & Hafizi Rosli Antara fokus AWANI Thaipusam: Polis Selangor jangka lebih 300,000 pengunjung di Batu Caves Kaji semula kebenaran penjualan mercun, bunga api Program Menu Rahmah di IPTA dijangka selepas Aidilfitri - Salahuddin Ayub

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan pasar
Mangsa ialah lelaki warga tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

Kena tunjuk kad pengenalan beli minyak masak bersubsidi
Peraturan itu bagi mengelak orang ramai daripada membeli minyak masak secara berlebihan.

Perang Ukraine | 14,000 orang awam terkorban - WHO
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dilihat sebagai salah satu daripada lapan kecemasan kesihatan global, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam laporan yang dikeluarkan - krisis berkenaan mengorbankan lebih 14 ribu nyawa orang awam, 17.7 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan, dan 7.5 juta rakyat Ukraine menjadi pelarian ke seluruh Eropah.

Amerika Syarikat | Belon pengintip China ditembak jatuh
Amerika Syarikat dilaporkan telah menembak jatuh belon pengintip didakwa milik China yang melintasi ruang udara negara Uncle Sam itu pada Sabtu. Belon itu ditembak jatuh berhampiran pantai Holden Utara Carolina.

Peruntukan Kurang | Ahli parlimen perlu maksimum sumber bantu penduduk diwakili - Fahmi
Setiap ahli Parlimen perlu mengamalkan sikap berhemah selain memaksimumkan segala sumber yang ada untuk menyantuni keperluan rakyat di kawasan masing-masing di sebalik pengurangan peruntukan kerajaan kepada mereka. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata antaranya ahli Parlimen boleh berusaha mendapatkan bantuan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada rakan-rakan korporat mereka.

Kekurangan Sayur | LPP dan FAMA diarah lakukan intervensi segera
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah mengambil langkah intervensi segera bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan sayur di pasaran ketika ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata untuk jangka panjang, kementerian akan mewujudkan sistem data raya bagi mendapatkan maklumat dalam masa sebenar tentang situasi bekalan sayuran di negara ini.

'Musim sejuk' di Malaysia hingga Februari
Ia susulan Monsun Timur Laut yang melibatkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China.