ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Disember 2022.

1. [LAPOR LANGSUNG] PM Anwar pengerusi mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra, Putrajaya.

2. 'Tak masuk akal saya seleweng RM600 bilion' - Muhyiddin

Ahli Parlimen Pagoh itu bersedia untuk disiasat kerana yakin beliau tidak menyeleweng duit rakyat yang telah diamanahkan kepada kerajaan.

3. Fokus utama keluarkan Malaysia dari 'middle income trap' - Rafizi

Usaha dan langkah proaktif untuk mengeluarkan negara dari 'middle income trap' (perangkap pendapatan sederhana) akan menjadi fokus utama Kementerian Ekonomi, kata Menterinya Rafizi Ramli.

4. 'Saya percaya kepada bipartisan' - Syed Saddiq

Saya percaya kepada bipartisan," itu yang ditegaskan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Ia merujuk kepada kerjasama antara parti politik lain bagi memberi fokus berkhidmat demi rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-15.

5. Bekalan telur ayam, minyak peket mampu tampung keperluan pembeli di Selangor

Keberadaan bekalan telur ayam dalam pasaran di Selangor disifatkan konsisten dan tidak mengalami kehabisan bekalan dalam tempoh masa yang lama, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Selangor Mohd Khairi Jamaludin.

6. Kes saman selesai, DAP mohon maaf kepada Rahim Thamby Chik

Kes saman fitnah Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik terhadap Khoo Poay Tiong dan DAP selesai, apabila Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan parti itu hari ini memohon maaf kepada bekas Ketua Menteri Melaka berhubung penerbitan beberapa artikel mengaitkannya dengan pelbagai skandal.

7. Kerajaan Perpaduan: Jemaah menteri potong gaji 20 peratus setiap bulan - PM

Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat.

8. Pelantikan Menteri: Ahmad Zahid belum dihukum - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian adalah menjadi hak mana-mana pihak untuk mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

9. Harga telur ayam diumum lebih murah esok - PM Anwar

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu akan mengumumkan harga telur baharu yang lebih rendah esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau berbincang dengan menteri berkenaan.

10. Anwar saman Pesuruhjaya Pas Perak berhubung ucapan berbaur fitnah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berhubung ucapan yang didakwa mengaitkan beliau membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta menyokong ideologi komunis.