ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Januari 2023.

1. Wisma Jakel Shah Alam terbakar lagi

Kebakaran di bangunan Wisma Jakel itu melibatkan satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 30x40 kaki persegi di tingkat tiga. 

2. SOP COVID-19 di sekolah, KPM tunggu arahan dan nasihat KKM

Ketetapan mengenai pematuhan prosedur operasi standard COVID-19 di sekolah adalah bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

3. Tanah runtuh Batang Kali: Murid, guru bertafakur memperingati mangsa

Perhimpunan di SJKC Mun Choong mengambil kesempatan bertafakur bagi memperingati mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, di Batang Kali, Selangor.

4. 4 MP Sabah sudah hantar jawapan kepada Speaker - Hajiji

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan empat ahli Parlimennya telah menghantar jawapan kepada Speaker Dewan Rakyat berhubung isu dakwaan kekosongan empat kerusi Parlimen oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

5. Pelabur asing jual ekuiti RM204.6 juta minggu lepas

Pelabur asing menjadi penjual bersih pada minggu dagangan akhir 2022 dengan melepaskan saham bernilai RM204.6 juta berbanding belian bersih RM51.2 juta pada minggu terdahulu.

6. Piala AFF: Azam Azmi digantung dua perlawanan, denda RM4,390

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Etika Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) mendapati Azam Azmi bersalah dalam insiden kekasaran di Stadium My Dinh itu yang menyaksikannya dibuang padang pada minit ke-62.

7. Siapa nak diangkat sebagai Presiden UMNO yang baharu? - Nur Jazlan

Siapa calon yang mahu diangkat menjadi Presiden dan Timbalan Presiden jika dua jawatan itu dipertandingkan pada pemilihan UMNO yang dijangka diadakan pertengahan tahun ini, soal Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

8. Tampar pemain: "Cikgu itu banyak berkorban, kami mahu dia dikekalkan" - Keluarga

Keluarga atlet bola tampar remaja yang didakwa ditampar jurulatihnya ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun baru-baru ini memohon semua pihak menghentikan kecaman mahupun sebarang bentuk tindakan kepada jurulatih berkenaan.

9. Isu Menara KL: Annuar Musa ambil tindakan undang-undang terhadap 3 individu

Tan Sri Annuar Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa memfitnahnya berhubung dakwaan penjualan Menara Kuala Lumpur.

10.  Piala AFF: Malaysia benam Singapura 4-1, mara ke separuh akhir

Harimau Malaya berjaya menewaskan Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B, Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.