awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
POLITIK
PRN Sabah: UMNO perlu tampil dengan imej baharu - Shamsul Anuar
MALAYSIA
Seorang lelaki ditemukan mati akibat ditembak
MALAYSIA
Malaysia komited tingkat kerjasama ASEAN perkukuh statistik rasmi - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

SOP COVID-19 di sekolah, KPM tunggu arahan dan nasihat KKM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/01/2023
04:30 MYT
SOP COVID-19 di sekolah, KPM tunggu arahan dan nasihat KKM
Fadhlina Sidek berkata, pihaknya menunggu arahan KKM berhubung SOP membabitkan COVID-19 di sekolah. - Foto UKK KPM
SHAH ALAM: Ketetapan mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di sekolah adalah bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akur dengan sebarang garis panduan dan nasihat KKM.
"Setakat ini kita akan bersama dengan KKM dan menurut sahaja apa yang akan dinasihatkan oleh KKM. Kita bergantung kepada nasihat KKM dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, di sini pada pembukaan hari pertama persekolahan bagi penggal 3 sesi 2021/2022 di sini pada Selasa.
Sebelum itu beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal turut melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Kebun, di sini.
Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dua varian COVID-19 utama yang menular di China iaitu varian BA.5.2 dan varian BF.7 dikesan telah berada di Malaysia, sekaligus mencetus kebimbangan orang ramai khusunya ibu bapa.
COVID-19: Dua varian utama di China dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kekurangan pra sekolah dan tadika kerajaan di bandar, Fadhlina memberitahu, pihaknya sedang meneliti keperluan serta kewajaran untuk menambah.
"Kita sedang melihat keutamaan untuk menambah kelas prasekolah ini dan ianya sudah dibincangkan dengan KSU dan Ketua Pengarah Pendidikan bahawa ada keperluan ketika ini untuk melihat dan menambah, selain itu dasar yang berkait rapat dengan pra sekolah ini juga akan dipercepatkan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Kementerian Pendidikan
#COVID-19
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami