Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Januari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Februari 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat teguran agar kementerian dan agensi meningkatkan kecekapan dalam urusan penyampaian perkhidmatan membabitkan rakyat secara terus.
2. 'Jalan pintas' ambil lesen memandu bahayakan diri, pengguna jalan raya - Lee Lam Thye
Tan Sri Lee Lam Thye berkata, individu yang ingin memiliki lesen memandu perlu mengikuti syarat-syarat ditetapkan dan tiada istilah 'gerenti lulus'.
Kedutaan Turkiye di Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan gempa bumi yang melanda Turkiye pada Isnin.
Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis menolak petisyen yang difailkan calon BN, Abdul Hakim Abdul Wahid dan memerintahkannya membayar kos perundangan kepada Mas Ermieyati sebagai responden.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan harapan agar ura-ura bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atau KJ akan menyertai Perikatan Nasional (PN) selepas dipecat daripada UMNO menjadi kenyataan.
Penyanyi Fyna Jebat menjelaskan, suaminya, Datuk Zainal Abidin memberikan sokongan penuh dan membenarkan dia untuk kembali aktif menyanyi semula.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sebentar tadi.
Selepas 10 tahun aktif dalam perniagaan pelaburan mata wang asing, impian seorang lelaki yang juga abang kepada pelakon filem Pulau, Ikmal Amry untuk bergelar jutawan terlebur apabila mendakwa keuntungan RM3.7 juta yang sepatutnya diterima telah dimanipulasi.
Bekas pengurus perhubungan Ambank, Joanna Yu Gin Ping memberitahu dia tidak menyangka seseorang akan menggunakan akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk aktiviti pengubahan wang haram.
Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti dalam kerajaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

