ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mac 2023.


1. "Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi" - Bekas isteri Hafidz Roshdi

“Mungkin dia tiada harga diri? Demikian jawab bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada terhadap pertanyaan seorang netizen.



2. Rakyat jijik perlakuan rasuah, pemimpin diingat jangan ulang kesilapan - Sultan Nazrin

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengingatkan para pemimpin supaya tidak menghampakan harapan rakyat dengan mengulangi kesilapan mereka yang terdahulu terutama perlakuan rasuah.


3. Hujan sangat lebat berterusan di Pahang, Johor hingga esok

Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda Pahang dan Johor sehingga esok.


4. MB Johor berterima kasih bantuan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri

Kerajaan Negeri Johor berterima kasih atas peruntukan segera oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu mangsa banjir di negeri itu yang berhadapan antara bencana banjir terburuk dalam sejarah.


5. Bahang konsert BLACKPINK, 'Blinks' mula berpusu-pusu ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Tinjauan Astro AWANI mendapati peminat BLACKPINK atau 'Blinks' sudah berada di venue konsert berkenaan seawal jam 10 pagi tadi.


6. KWSP umum dividen 5.35 peratus untuk konvensional, 4.75 peratus untuk syariah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan agihan dividen 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus bagi simpanan syariah.


7. Bendahari Bersatu dibebaskan dengan jaminan SPRM

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris ketika dihubungi pada Sabtu.


8. Median simpanan KWSP Bumiputera susut 70 peratus

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah, median simpanan golongan Bumiputera pasca COVID-19 adalah sebanyak RM4,900 berbanding RM15,500 sebelum pandemik melanda.


9. 40,854 mangsa banjir di enam negeri ditempatkan di PPS

Mangsa banjir di beberapa negeri terus meningkat setakat petang ini dengan lebih 40,854 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).


10. RoS terima usul tambahan PAU 2022 - Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah diterima Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).