awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RoS terima usul tambahan PAU 2022 - Zahid

Sinar Harian
Sinar Harian
04/03/2023
14:15 MYT
RoS terima usul tambahan PAU 2022 - Zahid
Ahmad Zahid berkata, UMNO telah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengesahkan bahawa RoS telah menerima usul yang telah diluluskan oleh PAU 2022. - Gambar fail/Astro AWANI
BAYAN LEPAS: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah diterima Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Ahmad Zahid berkata, UMNO telah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengesahkan bahawa RoS telah menerima usul yang telah diluluskan oleh PAU 2022.
"Pada hari ini (Sabtu) kita telah menerima surat daripada KDN yang mengesahkan bahawa RoS telah menerima usul yang telah diluluskan oleh PAU.
"Maka, adalah sah daripada surat yang dikeluarkan itu, bahawa hanya jawatan Naib Presiden ke Majlis Tertinggi dan jawatan-jawatan di sayap-sayap akan ditandingi," katanya dalam ucapan di Majlis Pengenalan Calon UMNO Pulau Pinang pada Sabtu.
Sebelum ini, usul tambahan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang dicadangkan perwakilan dari Negeri Sembilan Mohd Shukri Samsudin.
Susulan daripada itu, dua ahli UMNO pada 20 Januari lalu menghantar aduan kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Aduan berhubung dua jawatan yang tidak dipertandingkan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom yang berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada Perhimpunan Agung UMNO 2022.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#RoS terima usul tambahan PAU 2022
#Presiden UMNO Zahid Hamidi
#KDN
#Perhimpunan Agung UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan