awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI martabat Islam dalam tadbir urus negara - PM Anwar
Kemelut Pas-Bersatu: Penting pemimpin kuat, ada aura untuk 'ikat' gabungan - Penganalisis
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan sangat lebat berterusan di Pahang, Johor hingga esok

Bernama
Bernama
04/03/2023
02:30 MYT
Hujan sangat lebat berterusan di Pahang, Johor hingga esok
Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda Pahang dan Johor sehingga esok, kata Jabatan Meteorologi Malaysia. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda Pahang dan Johor sehingga esok.
Menurut amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 8.55 pagi ini kawasan terlibat di Pahang ialah Rompin manakala di Johor membabitkan Segamat, Kluang serta Mersing.
Selain itu, hujan berterusan tahap buruk juga diramalkan berlaku hingga esok di Pekan, Pahang dan beberapa kawasan di Johor meliputi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Hujan berterusan tahap waspada pula diramalkan berlaku hingga esok di tiga negeri melibatkan Pahang (Maran, Kuantan dan Bera), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) serta Melaka.
Sementara itu, amaran waspada juga dijangka di beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), hari ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Pahang
#Johor
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan