ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mac 2023.

1. LTAT yakin mampu struktur semula Boustead dalam tiga tahun

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yakin mampu menyusun semula kewangan syarikat Boustead dalam tempoh masa tiga tahun, jika usaha penswastaan berjaya dilaksanakan, menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman. 

2. Tarikh lihat anak bulan Ramadan 22 Mac

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah.

3. Yasin fail representasi keempat kepada Jabatan Peguam Negara

Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman bakal memfailkan representasi keempat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.

4. Rang Undang-Undang Warga Emas ambil kira tindakan terhadap anak tidak bertanggungjawab

Rang Undang-Undang Warga Emas dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, antara lain mengambil kira tindakan undang-undang terhadap anak yang tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa mereka.

5. Pemilik syarikat didakwa ugut bunuh kumpulan rock Radja

Seorang pemilik syarikat pengurusan acara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Rabu atas pertuduhan membuat ugutan jenayah dan ancaman bunuh terhadap kumpulan rock Indonesia, Radja.

6. Kerajaan cadang wujudkan pinjaman, insurans kenderaan Rahmah - Salahuddin

Kerajaan bercadang mewujudkan kemudahan pembiayaan pinjaman dan insurans kenderaan untuk golongan B40 di bawah Payung Rahmah.

7. Sesi persekolahan kembali bermula Januari perlu masa - KPM

KPM belum bercadang untuk mengembalikan sesi persekolahan bermula Januari seperti sebelum pandemik COVID-19 dalam tempoh terdekat.

8. Empat individu ditahan berkaitan penyelewengan sukuk RM596 juta

Keempat-empat lelaki yang berumur antara 40 dan 55 tahun itu ditahan lewat petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

9. UMNO 'husnuzon' terhadap Muafakat Nasional - Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap 'husnuzon' (bersangka baik) terhadap Muafakat Nasional (MN).

10. [LAPORAN KHAS] Pemaju kayangan, rumah 'cap ayam?'

Keterujaan untuk memiliki rumah idaman bagaimanapun bertukar jadi penyesalan apabila rumah yang diharapkan pembeli seperti ‘bayar lain dapat lain’.