MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mac 2023.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengungguli persaingan Naib Presiden UMNO apabila berjaya memenangi dengan undian tertinggi sebanyak 116 undi.
Petisyen PRU15: Waran tangkap terhadap Mohd Nor terbatal
2. Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah selepas gagal hadir dalam perbicaraan Petisyen PRU15 Parlimen Marang Khamis lalu.
Pengadil kontroversi aksi Liga Super di antara Sabah FC dan Penang FC pada Jumaat lepas, dikenakan hukuman penggantungan secara serta-merta daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia 2023.
Sesi persekolahan 2023/2024 di semua sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula seperti dijadualkan hari ini namun beberapa sekolah di Johor tidak dapat berbuat demikian kerana masih terjejas banjir.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Kerajaan Perpaduan takut dengan bayang-bayang sendiri berdasarkan tindakan yang diambil mereka ketika ini, termasuk menghalang perhimpunan Proklamasi Melayu yang sepatutnya disertainya.
Misi Perdagangan dan Pelaburan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan yang mencecah nilai RM24 bilion selain eksport produk dan perkhidmatan bernilai RM4.24 bilion.
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.
Kebenaran penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan memerlukan penelitian dan perbincangan yang menyeluruh termasuk daripada aspek kawalan penggunaan bahan berkenaan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan tiada kem tertentu wujud dalam UMNO seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami