MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mac 2023.
1. Wan Rosdy, Khaled dan Johari menang Naib Presiden UMNO
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengungguli persaingan Naib Presiden UMNO apabila berjaya memenangi dengan undian tertinggi sebanyak 116 undi.
2. Petisyen PRU15: Waran tangkap terhadap Mohd Nor terbatal
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah selepas gagal hadir dalam perbicaraan Petisyen PRU15 Parlimen Marang Khamis lalu.
3. Pengadil aksi Sabah FC, Penang FC digantung kerana tersilap beri dua penalti
Pengadil kontroversi aksi Liga Super di antara Sabah FC dan Penang FC pada Jumaat lepas, dikenakan hukuman penggantungan secara serta-merta daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia 2023.
4. Hari pertama persekolahan di Kedah, Terengganu, Kelantan lancar
Sesi persekolahan 2023/2024 di semua sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula seperti dijadualkan hari ini namun beberapa sekolah di Johor tidak dapat berbuat demikian kerana masih terjejas banjir.
5. 'Saya kalah pilihan raya, kenapa takut dengan saya?' - Dr Mahathir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Kerajaan Perpaduan takut dengan bayang-bayang sendiri berdasarkan tindakan yang diambil mereka ketika ini, termasuk menghalang perhimpunan Proklamasi Melayu yang sepatutnya disertainya.
6. MITI berjaya raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan
Misi Perdagangan dan Pelaburan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan yang mencecah nilai RM24 bilion selain eksport produk dan perkhidmatan bernilai RM4.24 bilion.
7. Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.
8. Halalkan kanabis perubatan? Sabar dulu - Anwar Ibrahim
Kebenaran penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan memerlukan penelitian dan perbincangan yang menyeluruh termasuk daripada aspek kawalan penggunaan bahan berkenaan.
9. Tiada kem sesiapa, yang ada hanya pasukan UMNO - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan tiada kem tertentu wujud dalam UMNO seperti yang didakwa sesetengah pihak.
10. Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.