Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 21, 2023 15:55 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mac 2023.
1. Kerajaan nafi Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhari
Kelulusan pembatalan pengecualian cukai kepada yayasan itu telah dibuat pada 25 Februari 2021.
2. PDRM akan panggil semula saksi kes kematian Beng Hock
PDRM akan memanggil semula saksi-saksi berhubung kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 bagi melengkapkan kertas siasatan.
3. Abang Stacy Anam meninggal dunia
Abang penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq yang terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu meninggal dunia pada jam 3.30 pagi tadi di Hospital Sibu, Sarawak.
4. Norjuma diisytihar bankrap, waran tangkap diteruskan
Mahkamah Tinggi mengisytiharkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed bankrap selepas gagal melunaskan hutang RM260,400 kepada Syarikat Fame Up Entertainment.
5. KKM dan Lembaga Tabung Haji(TH) kekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan jemaah haji
Jelas TH, meskipun negara menuju fasa endemik, namun Malaysia perlu menghormati keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang masih mengklasifikasikan COVID-19 sebagai pandemik.
6. Isu batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary: Guan Eng tuntut Muhyiddin mohon maaf
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya berhubung pembatalan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
7. PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta dihadiri kepimpinan tertinggi komponen parti PN.
8. Tiada lagi monopoli, bayar tol dengan kad debit, kredit di 5 lebuh raya tahun ini
Pengguna jalan raya boleh menggunakan kad debit dan kredit untuk pembayaran tol di beberapa lebuh raya utama negara bermula selewat-lewatnya September 2023.
9. JAINJ, PDRM buru pengikut ajaran sesat Si Hulk
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengesan kumpulan ajaran sesat Si Hulk yang menyebarkan video tular menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
10. Syamsul failkan nusyuz terhadap Puteri Sarah
Pengarah filem Syamsul Yusof hari ini memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya pelakon Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI