KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya berhubung pembatalan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
Tuntutan itu dibuat Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang turut menggesa Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu menarik balik kenyataannya secara serta-merta selain memberi masa sehingga hari ini untuk bekas Perdana Menteri itu berbuat demikian.
Lim yang juga ahli Parlimen Bagan berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas Muhyiddin sekiranya Ahli Parlimen Pagoh itu enggan memenuhi permintaan itu.
"Harap beliau menarik balik dan mohon maaf supaya perkara ini boleh diselesaikan. Kalau tidak saya akan buat tindakan seterusnya," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Lim ketika menjadi Menteri Kewangan tidak pernah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary seperti yang didakwa.
Anwar berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan hakikatnya kelulusan pengecualian cukai Yayasan Albukhary hanya dibuat pada 25 Feb 2021.
Perdana menteri berkata mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), pengecualian cukai bukan terletak di bawah kuasa menteri atau perdana menteri, sebaliknya ia kuasa mutlak ketua pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Lim (kanan) yang juga ahli Parlimen Bagan berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas Muhyiddin sekiranya Ahli Parlimen Pagoh itu enggan memenuhi permintaan itu. - Fail

Hanya 35 peratus suri rumah mencarum perlindungan bawah SKSSR - Sivakumar
Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah mendapat perlindungan di bawah SKSSR setakat Isnin, berbanding sasaran 500,000 suri rumah yang ditetapkan Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini.

Negeri Sembilan perlu perluas sektor pertanian, penternakan moden untuk rancakkan ekonomi - Rafizi
Kerajaan Negeri Sembilan digesa memperluaskan sektor pertanian dan penternakan modennya bagi merancakkan lagi ekonomi negeri sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.

KPT pelawa pemain industri kerjasama dengan IPT rangka program TVET terbaik
KPT menjemput semua pemain industri untuk bekerjasama dengan IPT, untuk merangka program TVET yang terbaik pada masa akan datang.

Malaysia antara negara terbaik bagi industri EV - EVAM
Malaysia antara negara terbaik bagi industri kenderaan elektrik kerana mempunyai kepakaran yang sesuai untuk pelaburan dan eksport.

KPDN jamin bekalan gula Aidiladha mencukupi
KPDN arah dua kilang terbesar negara iaitu CSR dan MSM keluarkan bekalan gula pasir kasar dan halus seperti biasa untuk diagihkan kepada pemborong.

MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
MITI menyarankan rakan IPEF berusaha ke arah integrasi vertikal rantaian bekalan bagi pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Indonesia bincang tindakan segera banteras jenayah pemerdagangan manusia
Presiden Joko Widodo menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera mencegah dan memberantas jenayah pemerdagangan manusia.

Malaysia hargai kepercayaan Arab Saudi teruskan program "Mecca Route" - Zambry
Malaysia amat menghargai kepercayaan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi untuk meneruskan program "Mecca Route" yang dimulakan secara rintis pada 2017.

Yayasan Albukhary tidak perlu merayu jika pengecualian cukai tidak dibatalkan - Muhyiddin
Muhyiddin mendakwa Yayasan Albukhary tidak perlu membuat rayuan berhubung pengecualian cukai sekiranya ia tidak dibatalkan oleh LHDN.

Bukan saya yang buat laporan polis - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal nafi membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berhubung pelepasan cukai Yayasan Albukhary.

Guan Eng saman Muhyiddin isu cukai Yayasan Albukhary
Lim memfailkan saman fitnah itu di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Muhyiddin sebagai defendan tunggal.

Armada buat laporan polis terhadap Anwar, Guan Eng
Wan Ahmad Fayhsal mendakwa kedua-dua ahli politik tersebut menyalah guna kuasa penjawat awam bagi menyembunyikan rancangan kesalahan di bawah Seksyen 119 dan 120 Kanun Keseksaan.

Fitnah Guan Eng: Kementerian Kewangan buat laporan polis
MoF akan membuat laporan polis berhubung tuduhan terhadap bekas menteri dan pegawainya membatalkan kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Isu batal pengecualian cukai Yayasan AlBukhary: Guan Eng buat laporan polis
Lim Guan Eng hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tuduhan membatalkan pengecualian cukai yang telah diluluskan kepada Yayasan AlBukhary.

Isu batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary: Guan Eng tuntut Muhyiddin mohon maaf
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya berhubung pembatalan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.

60 syarikat multinasional bantu biaya projek rakyat, TVET - PM Anwar
Syarikat berkenaan antaranya menampung pembiayaan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan membantu dan melatih golongan muda.

Pengecualian cukai: 'Boleh serah kepada parti, kepada pesawah padi. Saya pilih pesawah padi' - PM Anwar
Perdana Menteri ketika menjawab soalan Kee Chin menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Kerajaan nafi Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhari
Kerajaan menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.