awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Norjuma diisytihar bankrap, waran tangkap diteruskan

Bernama
Bernama
21/03/2023
05:40 MYT
Norjuma diisytihar bankrap, waran tangkap diteruskan
Pada 2019 dan 2020, Fame Up Entertainment telah memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma berkaitan penyebaran fitnah yang didakwa dilakukan oleh usahawan berkenaan. - Gambar fail/ Nona
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengisytiharkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed bankrap selepas gagal melunaskan hutang RM260,400 kepada Syarikat Fame Up Entertainment.
Timbalan Pendaftar Siti Zulaikha Nordin menyampaikan keputusan itu, selepas mendengar petisyen pemiutang yang difailkan Syarikat berkenaan melalui peguam Muhammad Hassanuddin Roslan pada Oktober tahun lepas.
Berdasarkan petisyen kebankrapan pemiutang, Fame Up Entertainment memohon satu perintah kebankrapan terhadap Norjuma selaku penghutang kerana gagal membayar RM260,400 selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Okt, 2021.
"Hari ini merupakan tarikh pendengaran petisyen pemiutang, tetapi Norjuma gagal hadir sebanyak tiga kali, dan Mahkamah memutuskan (Noorjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen pemiutang," kata Hassanuddin ketika ditemui di luar mahkamah di sini hari ini.
Beliau berkata waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Kuala Lumpur dan Mahkamah Shah Alam tahun lepas akan diteruskan.
Hassanuddin juga berharap pihak Norjuma akan berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan tidak betul selepas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.
Turut hadir di mahkamah adalah pemilik Fame Up Entertainment, Zuriawati Zaidi, 44.
Pada 2019 dan 2020, Fame Up Entertainment telah memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma berkaitan penyebaran fitnah yang didakwa dilakukan oleh usahawan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Norjuma
#bankrap
#waran tangkap
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan