Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 31, 2023 15:45 MYT
Mac 31, 2023 15:45 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Mac 2023.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Tahap kepuasan hati penduduk di bandar raya Ipoh disifatkan masih kurang walaupun tahap pembangunan dan infrastrukturnya mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan komitmen untuk memastikan kunjungan semua pihak ke Langkawi sempena penganjuran LIMA pada Mei depan sebagai kunjungan terindah sepanjang hayat.
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghalang penjawat awam dalam operasi penangkapan anjing liar oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) minggu lepas.
Mahkamah melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi, lapan tahun lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 petang ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People, di Beijing petang ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ahli perniagaan Malaysia di luar negara untuk memudahkan lebih banyak pelaburan kembali ke dalam negara.
Seorang lelaki ditemui maut dipercayai menggantung diri di ruang tamu sebuah unit di flat perumahan di Cheras, ibu negara pada Khamis