ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 April 2023.

1. Roslizal Razali telah ditahan - PDRM

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.

2. Shuib, Watie naik pelamin Jun ini

Pelawak dan penyampai radio Shuib memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan, Watie Hanifiah pada bulan Jun ini.

3Pengajar kelas renang bakal berdepan 32 pertuduhan rogol anak tiri

Seorang lelaki yang dipercayai merogol anak tirinya berusia 16 tahun sehingga mendorong remaja berkenaan melarikan diri baru-baru ini bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh esok.

4. Ibu dalam pantang ditemukan mati dengan kesan tikaman di leher

Seorang ibu yang masih dalam tempoh berpantang ditemukan mati dengan pisau tertusuk di leher di dalam bilik rumahnya di Kampung Beris, Panchor, Bachok, pada Rabu.

5. MB Kelantan harap pertemuan dengan PM beri hasil baik

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berharap kunjungan hormatnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dua hari lepas, akan memberikan hasil yang baik kepada rakyat Kelantan.

6. Rangka mayat mangsa bunuh ditemui dalam beg di perhentian bas

Beg berkenaan ditemukan oleh orang awam sebelum melaporkannya kepada pihak polis, kira-kira jam 1.50 tengah hari.

7. Pegawai kanan Menteri Sumber Manusia ditahan SPRM

Seorang pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam serbuan di kementerian itu pagi tadi.

8. Jakim sangkal laporan cerapan 1 Syawal 1443H tidak sah

Laporan yang menyatakan hasil cerapan 1 Syawal 1443H yang ditetapkan pada 2 Mei 2022 tidak sah dan terbatal, adalah tidak benar.

9. Santuni rakyat ketika lawatan di beberapa negeri pahat kenangan manis buat Agong

Menyantuni rakyat dalam siri lawatan ke beberapa negeri pada bulan Ramadan meninggalkan kenangan manis buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

10. Kerajaan akan pelihara negara, rakyat daripada konflik perkauman - PM Anwar

Kerajaan akan berusaha memelihara negara dan rakyat daripada terjerumus dalam kancah konflik perkauman sempit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.