awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Kelantan harap pertemuan dengan PM beri hasil baik

Bernama
Bernama
13/04/2023
06:09 MYT
MB Kelantan harap pertemuan dengan PM beri hasil baik
Ahmad berkata pihaknya juga sudah menyerahkan tuntutan hak royalti minyak kepada Anwar dalam pertemuan berkenaan. - Gambar/ FB Ahmad Yakob
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berharap kunjungan hormatnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dua hari lepas, akan memberikan hasil yang baik kepada rakyat Kelantan.
Beliau berkata pihaknya juga sudah menyerahkan tuntutan hak royalti minyak kepada Anwar dalam pertemuan berkenaan.
"Kita berunding atas asas yang lama dan perdana menteri memberi maklum balas dengan mengatakan 'insya-Allah'.
"Kita berharap perdana menteri memberi sesuatu yang terbaik untuk Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan di Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Ahmad berkata menerusi pertemuan itu, kerajaan negeri turut memohon supaya semua perkara yang diputuskan ketika pentadbiran sebelum ini diteruskan.
Berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN), beliau berkata tarikh terakhir bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah pada 28 Jun ini dan DUN akan dibubarkan sebelum itu, sepertimana telah dipersetujui menteri-menteri besar enam negeri yang terlibat.
"Jadi terpulanglah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya bersama enam negeri itu, Kelantan setuju untuk mengadakannya secara serentak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MB Kelantan
#Ahmad Yakob
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan