ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 April 2023.
1. Dakwaan polis halang upacara keagamaan di Buntong adalah palsu, fitnah
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan menegaskan bahawa kandungan penulisan itu berniat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Ipoh.
2. Penceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka
Ia adalah sebagai langkah pengawalan dalam memastikan penceramah yang datang tidak membawa elemen perpecahan dan khilafiah (perselisihan) antara masyarakat di negeri ini.
3. Aidilfitri 2023 meriah, pertama dalam tiga tahun tidak ditetap SOP khas
Perayaan kali ini dalam tempoh tiga tahun tidak ditetapkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) khas.
4. Agong, PM tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara
Seri Paduka Baginda tiba di Masjid Negara sekitar jam 8.15 pagi diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlebih dahulu tiba pada jam 8.05 pagi.
5. Sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan amat positif - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu berkata beberapa dapatan kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan sentimen yang baik dalam kalangan rakyat.
6. Luqman sahkan letak jawatan pegawai khas Hannah Yeoh
Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long mengesahkan sudah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas (Strategik) kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
7. Lirik lagu raya bukan sekadar bagi ucapan - Habsah Hassan
Bagai bunga api yang hanya indah dipandang seketika sebelum lenyap, itulah perumpamaan lirik yang dihasilkan tanpa rasa dan jiwa.
8. Bilik simpanan kucing di kediaman TPM Zahid terbakar
sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dan BBP Bangi dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 1.30 tengah hari.
9. [LAPORAN KHAS] Titipan kuih raya dari tirai besi, peneman keluarga di Aidilfitri
Setiap tahun tuntutan perasaan untuk turut serta bersama keluarga meraikan Syawal menjelma pasti membuak-buak namun apakan daya… tirai besi menjadi pemisah kepada harapan itu.
10. IPU tidak sihat di Petaling Jaya
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Petaling Jaya, Selangor mencatatkan situasi tidak sihat sekitar petang ini.