Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 30, 2023 15:53 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Mei 2023.
1. 'Saya tidak mahu jadi menteri munafik' - Salahuddin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengakui kerajaan melalui pasukan penguatkuasaan sering berdepan dengan ugutan dan ancaman bunuh daripada pihak tertentu sepanjang melakukan pemantauan aktiviti penyeludupan minyak masak daripada kartel-kartel di negara ini.
2. Kanak-kanak 11 tahun sesak nafas, loya selepas termakan 'biskut ganja' buatan bapa
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya selepas termakan biskut yang disyaki mengandungi ganja yang dibuat bapanya di Gerik, pada Isnin.
3. Warga emas ditahan disyaki ikat, heret anjing dengan kereta hingga mati
Seorang lelaki warga emas disyaki menyebabkan kematian seekor anjing di Kampung Sri Parit, Lukut pada Sabtu ditahan pihak polis semalam.
4. Wanita dibunuh kerana putuskan pertunangan
Cemburu dan tidak berpuas hati pertunangan diputuskan menyebabkan seorang wanita ditikam sebanyak lapan kali oleh bekas tunangnya dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu, pada Isnin.
5. SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.
6. Warden warga Singapura didakwa pijak perut, tumbuk empat pelajar tahfiz
Seorang warden sebuah pusat tahfiz terkenal di Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan memijak perut, menampar, menumbuk dan memukul empat pelajarnya sehingga cedera.
7. 4 lelaki didakwa rogol, amang seksual remaja 14 tahun
Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 14 tahun pada pertengahan bulan ini.
8. Farid Kamil enggan lafaz cerai, kes diteruskan untuk proses hakam
elakon Farid Kamil hari ini enggan melafazkan talak terhadap isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari.
9. COVID-19: Status peralihan fasa akan dinilai semula - Dr Zaliha
Malaysia akan menilai semula status peralihan fasa ke endemik selepas pengisytiharan Kawasan Jangkitan Tempatan berakhir pada 30 Jun ini.
10. Kerajaan komited permudahkan aktiviti perniagaan, sokong pelaburan domestik - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan komited untuk meningkatkan dan mempermudahkan lagi aktiviti perniagaan dalam negara dan menyokong pelaburan langsung domestik.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita pilihan #Berita AWANI