awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farid Kamil enggan lafaz cerai, kes diteruskan untuk proses hakam

Bernama
Bernama
30/05/2023
10:55 MYT
Farid Kamil enggan lafaz cerai, kes diteruskan untuk proses hakam
Farid (kiri) enggan melafazkan talak terhadap isterinya Diana Danielle (kanan) ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari hari ini. -Gambar fail/Bernama
PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil hari ini enggan melafazkan talak terhadap isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari di sini.
Hakim Syarie Shukran Yusof berkata berdasarkan keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berlaku shiqaq atau perbalahan yang berpanjangan dan beliau menasihatkan Farid melafazkan talak terhadap isterinya jika beliau bersedia.
Farid kemudian menjawab "tidak setuju untuk lafaz talak".
"Oleh kerana defendan (Farid) tidak bersetuju, mahkamah dengan ini memerintahkan kes cerai ini diteruskan dengan timbang tara hakam dan mahkamah menetapkan 15 Jun untuk pihak-pihak melantik hakam," kata Shukran.
Terdahulu, Shukran berkata keputusan laporan JKP mendapati pasangan selebriti itu gagal menemui pendamaian.
Peguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Diana berkata memandangkan keputusan laporan JKP adalah negatif, pihaknya memohon agar Farid (defendan) melafazkan talak.
"Sekiranya defendan (Farid) enggan melafazkan talak, kita pergi ke peringkat seterusnya iaitu hakam," katanya.
Peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid membantah proses hakam dijalankan kerana berpendapat shiqaq tidak berlaku.
Akberdin kemudian berhujah laporan JKP menyatakan shiqaq telah berlaku kerana pasangan berkenaan mempunyai pendapat yang berbeza mengenai rumah tangga mereka apatah lagi anak guamnya tidak tinggal serumah dengan defendan sejak Mac lepas.
Shukran bersetuju dengan hujahan Akberdin bahawa berlakunya shiqaq di antara pasangan itu.
Prosiding hari ini dihadiri Diana dan Farid yang ditemani bapanya Datuk Dr Zahari Che Dan dan ibunya Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah yang berkerusi roda.
Pada 10 Mac lepas, Diana selaku plaintif memfailkan permohonan cerai terhadap Farid mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Farid Kamil
#Diana Danielle
#enggan lafazkan talak
#proses hakam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan