AYER KEROH: Seorang warden sebuah pusat tahfiz terkenal di Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan memijak perut, menampar, menumbuk dan memukul empat pelajarnya sehingga cedera sejak Februari lalu.
Tertuduh, Muhammad Farhan Abdul Rashif, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan terhadapnya dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd Sabri Ismail.
Mengikut dua pertuduhan di hadapan Darmafikri, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas dua pelajarnya berusia 14 tahun empat bulan dan 14 tahun 11 bulan didakwa telah mendedahkan remaja itu kepada bahaya.
Mangsa telah ditampar serta ditumbuk pada bahagian pipi, ditendang pada perut dan dipijak pada dada, manakala seorang lagi mengalami kecederaan fizikal di bahagian kaki kanan.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah guru di pusat tahfiz dalam daerah Melaka Tengah pada 7 dan 8 Mei lalu.
Justeru, tertuduh yang juga warga Singapura boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum tidak melebihi RM50,000 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama 31(2) akta sama.
Tertuduh turut dihadapkan dengan tiga lagi pertuduhan di bawah seksyen sama di hadapan Hakim Mohd Sabri melibatkan dua pelajarnya yang ketika kejadian berusia 15 tahun.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan telah mendedahkan remaja itu kepada bahaya dengan cara menampar pipi dan memukul badan sebelah kiri mangsa menggunakan rotan buluh, manakala seorang lagi dipijak di bahagian perutnya.
Kesalahan itu dilakukan di surau dan gelanggang bola pusat tahfiz sama pada pertengahan Februari dan 10 Mei lalu.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N sSvashangari dan Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan mengambil kira faktor keselamatan mangsa.
Mahkamah kemudian tidak memberikan sebarang jaminan dan menetapkan 26 Jun depan sebagai sebutan semula kes.
Tertuduh diwakili peguam Faathir Imran.
Shuhada Abdul Kadir
Tue May 30 2023
Tertuduh, Muhammad Farhan Abdul Rashif mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan terhadapnya dibacakan di dua mahkamah berasingan. - Foto Astro AWANI
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Guru mengaku tidak bersalah liwat pelajar
Seorang guru yang juga warden asrama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki.
Warden warga Singapura didakwa pijak perut, tumbuk empat pelajar tahfiz
Seorang warden sebuah pusat tahfiz di Melaka dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memijak perut, menampar, menumbuk dan memukul empat pelajarnya.
KPM kaji isu berkaitan guru warden asrama - Radzi
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti isu berkaitan guru warden asrama dalam usaha menambah baik perjawatan itu termasuk keperluan menaikkan elaun, kata Menterinya Datuk Dr Radzi Jidin.
'Tangani segera isu warden asrama, beban guru' - JKPPH garis 4 cadangan kepada KPM
JKPPH berkata, terdapat pelbagai keluhan daripada guru-guru berkaitan bebanan tugas mereka yang begitu banyak sehingga menjejaskan tumpuan mereka untuk mendidik.
Kes buli: Wajar lantik warden asrama dalam kalangan pesara polis, tentera - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye berpandangan, guru mempunyai pelbagai komitmen lain yang perlu diberikan fokus terutama proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Tindakan segera warden berjaya halang penularan COVID-19 di asrama sekolah
Tindakan seorang warden asrama mengasingkan pelajar-pelajar bergejala, berjaya menghalang berlakunya penularan COVID-19, apabila mereka akhirnya disahkan positif.
209 institusi pendidikan di zon merah Kuching ditutup mulai esok - KPM
Bilangan itu merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Cadangan wujud warden asrama sepenuh masa akan dikaji - Kementerian
Kementerian Pendidikan sedia mengkaji saranan NUTP bagi mewujudkan jawatan warden asrama sepenuh masa di sekolah berasrama.
Guru sekolah agama direman cabul pelajar lelaki
Guru sekolah agama direman kes amang seksual pelajar lelaki