awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Bom lama 250 kilogram ditemui di tapak perumahan Bukit Goh
MALAYSIA
Polis tahan lima individu termasuk wanita asing, rampas dadah bernilai hampir RM3 juta
MALAYSIA
SIRIM akan keluar sijil kelulusan bagi import sisa plastik berkuat kuasa 1 Julai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kanak-kanak 11 tahun sesak nafas, loya selepas termakan 'biskut ganja' buatan bapa

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
30/05/2023
04:48 MYT
Kanak-kanak 11 tahun sesak nafas, loya selepas termakan 'biskut ganja' buatan bapa
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya selepas termakan biskut yang disyaki mengandungi ganja yang dibuat bapanya. - Gambar hiasan
GERIK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya selepas termakan biskut yang disyaki mengandungi ganja yang dibuat bapanya di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu melalui Klinik Kesihatan Lawin pada jam 10.26 malam.
Katanya, ketika kejadian bapa kanak-kanak berkenaan yang juga penoreh getah berusia 38 tahun itu telah membawa mangsa ke klinik itu bagi menerima rawatan.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah termakan biskut coklat yang disyaki dicampur dengan ganja sebelum mengalami simptom-simptom berkenaan.
“Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik dan dirujuk kepada Hospital Taiping pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
“Hasil Saringan ujian awal air kencing mendapati suspek (bapa mangsa) didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, pihak polis telah menahan suspek dan merampas stok biskut berkenaan selain keadaan mangsa kini berada dalam stabil.
“Suspek telah direman lima hari mulai 30 Mei dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak 11 tahun
#sesak nafas
#biskut ganja
#Klinik Kesihatan Lawin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami