Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mei 2023.
Dapatan tersebut diperoleh hasil tinjauan pendapat awam yang dijalankan oleh Endeavour-MGC membabitkan 1,068 responden semua kaum.
SPRM mengesahkan seseorang yang dipaparkan dalam obituari bernama Kee Kok Thiam, merupakan individu yang sama ditahan pada 3 Mei lalu berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Inisiatif yang dikenali sebagai pemberian imunisasi catch-up pneumokokal (CHUP) akan berjalan serentak seluruh negara bermula esok (1 Jun), dan diteruskan sehingga 31 Mei tahun depan.
Bekas Perdana Menteri itu memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.
Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat, Xpats Gateway, akan memendekkan proses permohonan permit kerja daripada lebih 80 hari kepada lima hari bekerja sahaja, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak diselesaikan dengan kaedah 'fast track' atau laluan pantas.
Kenyataan Pulau Pinang milik Kedah yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, adalah satu tindakan menghasut, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mata wang ringgit dari Disember 2022 hingga awal Februari 2023 mencatatkan pergerakan kukuh dan selamat namun faktor luaran yang menyebabkan ia kembali susut, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

