KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak diselesaikan dengan kaedah 'fast track' atau laluan pantas.
Ujarnya, pembinaan Pan Borneo mengambil masa terlalu lama, dan seharusnya diselesaikan secepat mungkin demi rakyat di dua negeri itu.
"Pan Borneo kita dengar dah 12-13 tahun, tiap-tiap tahun kita dengar Pan Borneo, Pan pun tidak ada Borneo pun tak nampak.
"Jadi saya tugaskan TPM, Datuk Seri Fadillah (Yusof) bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk ambil sikap dan tindakan segera fast track, saya nak ini diselesaikan dan dimulakan tahun ini untuk projek ini selesai.
"Ini cara baharu kerajaan, tiada ketirisan, tiada penipuan, tiada tindakan sakau-menyakau," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu pada Rabu.
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah melibatkan 35 pakej kerja sepanjang 706 kilometer yang bermula dari sempadan Sabah dan Sarawak di Sindumin sehingga ke Tawau, telah dimulakan pada Julai 2016.
Fasa pertama lebuh raya itu sepanjang lebih 2,000km merentasi bahagian utara Pulau Borneo hampir siap sepenuhnya.
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas mengumumkan peruntukan RM20 billion untuk menyegerakan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak-Sabah Link Road sepanjang lebih 1,000 kilometer.
Fareez Azman
Wed May 31 2023

Fasa pertama lebuh raya itu sepanjang lebih 2,000km merentasi bahagian utara Pulau Borneo hampir siap sepenuhnya. - Gambar fail

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.

Kuasa legislatif berperanan bantu kukuhkan hubungan diplomasi Malaysia
Parlimen Malaysia sebagai bidang kuasa legislatif turut mempunyai peranan besar dalam memperkukuh dan menyuburkan hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar.

JPJ Perak keluarkan 10,568 saman dalam operasi khas motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,568 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula awal bulan ini.

Iran lancar satelit Noor-3 ke orbit di tengah ketegangan dengan AS
Bahagian aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah melancarkan Noor-3 menggunakan roket Qassed.

Umar mahu kekal momentum rekod kebangsaan di Hangzhou
Umar nyatakan hasrat untuk mencapai sasaran masa di bawah 46 saat sekali gus berada dalam kelompok lapan terbaik temasya berkenaan.
AWANI 7:45 [27/09/2023] - Desas-desus rombakan Kabinet | Mangsa banjir di Kedah meningkat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Rombakan Kabinet, hanya desas-desus atau benar-benar akan berlaku?
Sukan pelayaran tuai emas pertama negara di Sukan Asia Hangzhou
Kerajaan persiapkan aset, tingkat siap siaga hadapi gelombang banjir
100 maut dalam kejadian kebakaran di majlis perkahwinan
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Rombakan Kabinet, hanya desas-desus atau benar-benar akan berlaku?
Sukan pelayaran tuai emas pertama negara di Sukan Asia Hangzhou
Kerajaan persiapkan aset, tingkat siap siaga hadapi gelombang banjir
100 maut dalam kejadian kebakaran di majlis perkahwinan
#AWANInews
AWANI Ringkas: Rombakan Kabinet | Tidak perbincangan | Hadapi banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hasil Perbendaharaan AS naik, ringgit ditutup rendah cecah 4.70
Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.7055/7105 berbanding dolar AS daripada 4.6875/6915 pada akhir urus niaga semalam.

Johor cari kaedah tangani isu kekurangan bekalan BPT - MB
Walaupun bekalan beras dan barang keperluan asas bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, namun ia menjejaskan kesejahteraan penduduk Johor.

Malaysia kekal berkecuali walaupun jalin kerjasama dengan China dan AS
Malaysia tidak pernah mengubah pendirian itu malah kedua-dua kuasa besar kekal sebagai pelabur terbesar di negara ini.

Guna kaedah tender prakelayakan bagi segerakan pembinaan LPB - Fadillah
Kaedah perolehan secara tender prakelayakan merupakan antara langkah yang diambil bagi pemilihan kontraktor untuk projek Lebuhraya Pan Borneo.

Agong, Permaisuri sukacita dapat sempurnakan impian dekati rakyat Sabah, Sarawak
Zahari berkata baginda berdua amat terharu dengan semangat dan kasih rakyat yang dizahirkan di sepanjang jalan raya lokasi pengembaraan.

Ahli Parlimen junjung kasih Kembara Kenali Borneo
Kembara Kenali Borneo berakhir di Telok Melano, di selatan Sarawak hari ini selepas memulakan penjelajahan di Tawau, Sabah pada 3 Sept lepas.

Kembara Kenali Borneo menuju ke Kuching hari ini
Seri Paduka berdua dijadual berkenan menunaikan solat serta santapan tengah hari di Masjid Bandar Sri Aman selain melawat Fort Alice.

Kembara Kenali Borneo: 'Tolong cap pasport saya' - Raja Permaisuri Agong 'usik' pegawai imigresen
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Pos Kawalan Imigresen ICQS Sungai Tujuh, Miri, Sarawak dari Brunei Darussalam pada jam 12.10 tengah hari tadi.

Kembara Kenali Borneo: Agong, Permaisuri tiba di Brunei
Seri Paduka Baginda berdua akan bersemayam di Bandar Seri Begawan sebelum menyambung kembara itu ke bandar raya Miri esok.

Kembara Kenali Borneo: Orang ramai dinasihatkan jaga keselamatan, elak tunggu hingga lewat malam
Orang ramai dinasihat supaya tidak bersusah payah menanti ketibaan konvoi terutamanya sehingga lewat malam bersama anak-anak kecil.

Konvoi Kembara Kenali Borneo hari ketiga jelajah empat daerah
Seri Paduka Baginda berdua serta peserta konvoi dijangka berangkat dari Sandakan menuju ke Pusat Pemulihan Orang Utan di Sepilok.

Kembara Kenali Borneo bermula, konvoi menuju Lahad Datu, Sandakan
Al-Sultan Abdullah memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda, mengetuai konvoi kembara 25 kenderaan.

Agong lancar Program Kembara Kenali Borneo
Majlis Pelancaran Kembara Kenali Borneo disempurnakan Yang di-Pertuan Agong serta Santapan Malam Bersama Masyarakat Tawau, di sini pada malam Ahad.