awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2023
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Jun 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Jun 2023.
1. Kerajaan akan pohon perkenan Sultan Nazrin untuk nama Jambatan Bagan Datuk
Kerajaan berhasrat menamakan jambatan baharu yang menghubungkan Daerah Bagan Datuk dengan Kampung Sejagop di Pasir Salak, sempena nama Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
2. Timbalan Menteri Sarawak cedera dipukul empat lelaki tidak dikenali
Seorang Timbalan Menteri Sarawak cedera dipercayai dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di hadapan kediaman keluarganya di Tabuan Jaya di sini semalam.
3. Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia - Forbes
Kekayaan terkumpul taikun 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 meningkat kepada AS$81.6 bilion, daripada AS$80.5 bilion tahun lepas.
4. Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
5. Masalah air: Kelantan minta RM8 bilion, Sabah mahu bantuan siapkan empangan - PM Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan meminta dana berjumlah RM8 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan di negeri tersebut.
6. Rogol anak kandung, lelaki dipenjara 54 tahun, 25 sebatan
Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 54 tahun dan 25 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk merogol anak kandungnya.
7. Lelaki didakwa bunuh kekasih hamil
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh kekasihnya.
8. Isu Pulau Pinang: "Saya ada sandaran" - Sanusi sedia ke mahkamah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bersedia untuk ke mahkamah berhubung dakwaan Pulau Pinang adalah milik Kedah.
9. Tawaran sertai Kerajaan Perpaduan diterima selepas PRU15 - Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui tawaran kerjasama bagi menyertai Kerajaan Perpaduan diterima selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
10. Anggota polis kena saman salah guna parkir OKU
Seorang anggota polis trafik Kuala Lumpur disaman selepas meletakkan motosikal milik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di parkir Orang Kurang Upaya (OKU) di Apartmen Flora Damansara.
Topic Berkaitan
#berita utama
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita tumpuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan