awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa bunuh kekasih hamil

Sinar Harian
Sinar Harian
01/06/2023
04:30 MYT
Lelaki didakwa bunuh kekasih hamil
Tertuduh (tengah) dibawa keluar daripada Mahkamah Majistret Sungai Besar kira-kira jam 8.55 pagi. - Foto Sinar Harian
SUNGAI BESAR: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh kekasihnya.
Tertuduh yang berusia 20 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah pendakwaan negeri, Ku Hayati Ku Haron memohon tempoh bagi penyediaan laporan berkaitan.
Tertuduh diwakili peguam, Khairul Anuar Kashim dan Muhammad Nor Tamrin memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan segera.
Bagaimanapun, majistret menetapkan sebutan semula kes itu pada 3 Ogos depan bagi menunggu laporan pendakwaan dan pengurusan kes.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang didakwa menyebabkan kematian terhadap seorang wanita di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar pada kira-kira jam 8.30 malam, 22 Mei sehingga 23 Mei lalu jam 8 pagi.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan membunuh terhadap seorang wanita yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.
Sebelum itu, tertuduh yang berbaju T kuning dan berpelitup muka dengan dikawal ketat polis tiba di mahkamah itu pada jam 8.55 pagi.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki bertindak membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar pada 22 Mei lalu.
Mangsa yang berusia 21 tahun sebelum ini dilaporkan dibunuh pada 22 Mei lalu dipercayai kerana teman lelakinya yang mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit bersama mangsa.
Mayat mangsa kemudiannya ditemui keesokan harinya selepas polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8.15 pagi.
Polis menahan suspek berusia 20 tahun pada hari yang sama di sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bunuh
#teman wanita
#hamil
#bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan