awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2023
15:52 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Jun 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Jun 2023.
1. Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke PAU
Perdana Menteri, yang memakai Baju Melayu berwarna biru, tiba pada jam 9 pagi dan disambut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
2. PAU 2023: "Kita mahu keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak!" - Zahid Hamidi
Meskipun kini berada di sebalik tirai besi, nama Datuk Seri Najib Razak dan laungan “Bossku” tetap bergema di Dewan Merdeka.
3. 10 kes tuntutan palsu, AMLA Azlan Man dibicarakan bersama
Datuk Seri Azlan Man sebelum ini dituduh atas lima kes mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis sementara lima kes AMLA di mahkamah sama di Kuala Lumpur.
4. Bekas Mufti Perlis meninggal dunia
Bekas Mufti Perlis Datuk Mat Jahya Hussin dilaporkan meninggal dunia pagi tadi. Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Datuk Fathul Bari menerusi hantaran di laman Facebook.
5. PAU2023: "Saya hadir untuk sempurnakan tugas negara" - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kehadirannya ke Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023) adalah untuk menyempurnakan tugas negara.
6. Anwar bantah permohonan Sanusi berkaitan pengampunan diraja
Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah permohonan difailkan oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya Mahkamah Tinggi menentukan persoalan undang-undang berkaitan pengampunan diraja yang diberikan kepada Perdana Menteri itu, lima tahun lepas.
7. Kerajaan teruskan subsidi ayam dan telur mulai bulan depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.
8. Siasatan seleweng RM2.3 bilion dana negara: SPRM beku akaun bank RM39 juta
Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka telah dibekukan, susulan siasatan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion.
9. Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memaklumkan akan bertemu dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu depan.
10. UMNO perlu dijenama semula, jadi parti masa depan - Perwakilan
Ketua Bahagian Bukit Gantang, Perak Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata untuk itu, UMNO harus revelan mengikut masa dan tidak boleh ketinggalan zaman.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan